Wednesday, February 16

otak penat

hari ni pagi-pagi lagi boss dah panggil.
baru je 15 minit sampai,dah kena jumpa boss.
tak sempat nak hilangkan penat merentas bandar,
tak sempat nak breakfast.
 dah la semalam seharian tak telan nasik.
dapat telan maggi je.

kalau pagi-pagi dah panggil..
..tentu ada "surprise"
rupa-rupanya ada discussion dengan boss besar.
haih!
mengeluh bukannya apa..
dah dapat agak yang pagi ni tak dapat hadap breakfast.
sebelom jumpa boss besar,boss kecik ni nak discuss isu berbangkit.
isu berbangkit macam biasa la..
...malas aku nak citer!!
buat penat otak je!

lepas discuss dengan boss kecik,
aku dan team member bergerak jumpa boss besar.
mak aihhh!
aku ingatkan seksyen aku je yang terlibat.
rupa-rupanya whole seksyen.
ni aku tak berapa nak gemar ni.
banyak kepala,banyak idea,banyak pendapat..
..nampak gayanya sampai petang la discussion.

dalam setengah jam pertama seksyen lain potpetpotpet,
aku follow akak team aku cabut dari bilik meeting.
cuak weh tengok presentation seksyen lain yang dah complete..
..tapi masih ada yang dipertikai oleh seksyen lain.
seksyen aku??
tak complete sepenuhnya!
lagi teruk la kena sembur..
tak complete sebab ada yang lepas tangan!!
so,sebelom disembur..cabutttt.

keluar dari bilik meeting..
..dah kalut tolong siapkan kerja si lepas tangan tu.
buat keje kejap,boss suruh g breakfast dulu..
alhamdulillah..
aku ingatkan sampai petang perut aku tak terisi.

lepas tu sambung keje semula..
tunggu turn nak present punya la lama..
alih-alih..
"ok seksyen awak tak sempat nak present,
jadi awak boleh la balik"

agak-agak..
macam mana perasaan korang???

credit pic


manusia:
kesalahan orang yang sekecik Plankton,
engkau boleh nampak.
kesalahan diri sendiri sebesar Giant,
engkau butakan!

1 comment:

sueRAFE said...

ada pulak boss besar boss kecik.
takut nak membesar..