Sunday, September 25

s p a m?

hari ni terasa nak clearkan inbox email.
banyak sangat notifications mengarut dari fb.
spam ada empat,lima.

tergerak hati nak bukak.
biasanya aku empty kan terus..

ada satu spam yang agak mencurigakan.
bukan sikit punya curiga.



first..
nama si penghantar roslinah bin ahmad.
pompuan..tapi bin?
tak pelik sangat sebab kalau kat sabah/sarawak..
kalau tak silap aku la kan..
bin tak semestinya lelaki.
binti tak semestinya pompuan.
bin / binti tak semestinya Islam.
betolkan aku kalau ada tersalah :).

second..
ada sapaan assalamualaikum.
tapi...
Islam kah si penghantar spam ni?


penghantar attach kan skali gambar
 
gambar yang dihantar aku crop kan skit

hmmmm..

third,
spam ni dihantar kepada undisclosed-recipientS.
maksudnya bukan aku sorang la yang dapat spam ni kan?


aku bukan nak berprasangka buruk.
tapi..
nak buat baik,kena la berpada-pada kan?
dan buat jahat jangan sekali.

Saturday, September 24

Dia sedang menguji mereka.

otw balik kampong khamis hari tu,
aku dapat SMS dari kawan (aku namakan A).
A inform yang dia kat wad..
tunggu nak operate buang cyst esok nya.
A mintak doakan dia.

terkejut..ada.
blur pom ada.

terkejut..
sebab last jumpa hari tu..
time bukak puasa a.k.a mini reunion..
A tu nampak ok je..
ceria je..
tak nampak tanda-tanda sakit.

blur..
sebab cyst tu apa eh?
aku refer kawan aku lagi sorang (M)..
M bagitau cyst tu macam ketumbuhan yang tumbuh kat rahim.

em blur lagi..
aku refer makcik aku.
makcik aku plak bagitau..
liquid fill with blister at on skin or under skin.
bertambah blur.

aku tak puas hati aku call A.
A explain macam tu macam ni macam tu.
tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
bila dengar suara A..
aku jadi sayu.
aku control suara..try buat gelak-gelak.
tapi air mata aku bergenang jugak.

pagi esoknya aku dapat SMS dari husband A.
mintak doakan..
A dapat jalani operation buang cyst tu dengan selamat.
petangnya aku text husband A nak update tang A.

alhamdulillah operation selama 2 jam..ok.
Dr. kata bukan cyst tapi fibroid besar limau (size kecik).
alhamdulillah.

tapi..
operation ni berisiko tinggi sebab major operation.
harap-harap semua ok..
harap-harap A cepat sembuh.
Ya Allah permudahkan lah urusan sahabatku ya Allah.

time raya hari tu aku & Awok..
sempat melawat kawan kami (F) yang bersalin.
:'(
baby meninggal.
anak first F&D..
baby boy.
F&D nampak kuat!
dalam hati Allah je yang tahu.


Thursday, September 22

Tentang Rasa

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

*paused*

~kawan aku cakap bila dengar lagu ni..
dia terbayangkan aku.

dan bila aku first time dengar lagu ni..
mata bergenang.

*.........*

Ya Allah,tetapkan lah hati kami.
semoga dugaan yang Engkau berikan akan kuatkan lagi hati kami.
restui lah kami ya Allah.

Ya Allah,berikan lah kami kebahagian di dunia & di akhirat.
dan periharalah kami dari azab api neraka.

Wednesday, September 21

wordless wednesday..not!

alhamdulillah..
petang tadi selamat kembali ke umah sewa.

kerja luar kali ni bleh tahan "best".

best tak best..
letih baca,tengok,tatap dokumen-dokumen-dokumen.

best tak best..
selera makan bertambah bila kerja bertambah.

best tak best..
balik je resort,
letak je kepala,
tido nyenyak tak ingat dunia.

siap bleh mimpi..
hilang sweater kaler turquoise kesayangan.
siap bleh mimpi jumpa incikSusah..
tapi incikSusah dah tak kenal cikMayat.
:'(

apakah?
maksud?
semua itu?
hukhuk..

apa khabar mu di sana..
sayang..
la la la la~~

Sunday, September 18

weekdays program

fuuuuh!
dah siap packing barang-barang.
packing bukan nak pergi cuti-cuti malaysia pom.

esok aku start kerja luar.
..first time untuk tahun ni.

dah berbulan-bulan dok tercongok kat ofis..
ada gak rasa bosan.
bukan sikit.
banyakkkkk punya bosan.
alhamdulillah bleh jugak hirup udara kat ofis orang.
walaupom taktau macam mana keadaan kat sana.
harap-harap ok lah.

tempat yang dituju kali ni..
dengar citernya dekat area pantai.
weeeeeeee.
hahaha over!
umah sewa aku pom dekat ngan area pantai..
so takyah la over-over.

ok.
nak citer banyak-banyak blom tau apa yang bakal jadi.
 harap-harap makan ok.
harap-harap tempat tido ok.
harap tempat keje pom ok.
em tu je kot.

semoga dipermudah segala urusan.

Wednesday, September 14

mereka bukan Twins. mereka Adik Abang.

tengah hari tadi call Umie
sebab nak wish kt birthdayBoy.
mula-mula suara birthday boy macam takde semangat.
rutin tiap-tiap tahun.

maybe letih baru balik dari sekolah.

nak naikkan semangat dia,
aku tanya..
siapa yang dah wish..
siapa yang dah bagi present..
Ba,Umie nak celebrate kat mana..
walaupun dah maklum port fevret yang akan Ba pilih..
antara foodcourt tesco atau kat kfc
birthdayBoy kata nak celebrate kat Gerik.
wahhhhhhh!
yang penting kfc tetap menjadi pojaan hati Ba.
T;T

bila sebut bab present..
birthdayBoy punya semangat lain macam.
aku pulak yang jadi gelabah.
hoho.

adoi.
silap topik la weh!
birthdayBoy dah listkan apa yang dia nak!

dia mintak bola..
aku taknak bagi.
aku dah pernah beli dulu.
yang sedihnya..
bola tu bleh bertahan satu hari je.
ya satu hari!
pastu esoknya dah kempis.
tak tau la adik-adik aku tu main ke toreh-toreh bola tu.
huhu sadis!

dia mintak kereta remote control.
mati akuuuuu.
wuuuuuu~
kalau beli satu..
konfem birthdayBoy berebut ngan Awan!
konfem!
sebab Awan lagi excited dari birthdayBoy kalau sebut bab-bab mainan.
kalau beli dua..kempis la purse aku.
huhu.

lagi haru bila birthdayBoy loudspeaker kan fon tu.

aku letakkan syarat kat birthdayBoy..
make sure next exam dapat nombo 1-10.
bleh pekak telinga aku bila..
birthdayBoy dan Awan sebut "alaaaaaaaaaaaa".
birthdayBoy request nombo 1-20++.
Awan pulak 1-30++.
taktik dorang!
macam la aku tak tau..
ha ha ha.

yang tak tahan..
aku bleh dengar dorang gaduh-gaduh..
birthdayBoy marahkan Awan.
sebab
Awan punya "alaaaaaaaaaa" lagi panjang dari birthdayBoy.
dan
terlebih-lebih request cam hari ni birthday dia.

ok
aku tukar syarat.
aku suruh dorang score nombo 1-20.
jawapan "alaaaaaaaaaa" jugak yang aku dapat!
T;T

aku tukar lagi!
aku tanya ada tak subjek yang dorang tak pass.
dengan confident dorang jawab "ada!"
aku letakkan syarat make sure result akan datang takde subject yang fail.
kali ni alhamdulillah tak dapat jawapan "alaaaaaaaaaa"
tapi Awan tanya aku balik "janji???"
amboi amboi siapa birthdayBoy ni?

aku jawab..
kakNgoh tak janji..tapi!

aku saje je letakkan macam-macam syarat.
nak bagi dorang semangat belajar.
adik-adik aku bukannya pemalas.
dorang kurang rajin je..haha.

kalau dorang tak ikut syarat-syarat tu..
aku tetap akan bagi hadiah yang dorang mintak.
bukan manjakan adik-adik.
aku jenis yang tak sampai hati nak kecewakan dorang.
nak dorang rasa bahagianya zaman kanak-kanak dorang.

owh fon call tadi tak habis takat tu je.
selang 2,3 minit..
Awan hantar mesej
janji deh!
bila aku reply
lagi sekali Awan mesej memujuk
beli rrr

hahahaha..
Awan Awan..
ingatkan dah habis.

birthdayBoy & Awan mesti tak sabar-sabar tunggu kepulangan daku.
bukan sebab rindukan kakak dorang ini.
sebab taksabar nak ajak cari kereta remote control idaman!




standby wishlist becoming birthdayBoy
..bulan depan pulak!

adik-adik aku selalu cakap..
term TAPI & aku memang takdapat dipisahkan.
:P

#8 wordless wednesday


happy 9th birthday
my youngest brother.

be a good boy!
ingat jasa Umie&Ba.

walaupom kakNgoh suka maroh2,ngepek2..
tu tando kakNgoh sayang ko adik.
mmmmuah!
adioh mitok ngan Alang deh ;p

Monday, September 12

lupa diri!

malam tadi baru je nak lelap..
tiba-tiba perut memulas-mulas.
hari ni pulak..
dah dua kali memerut.
dipikir-pikir aku ada tersalah makan,minum ke?
 
 bila flashback balik..
weekend hari tu tak balik kampong.
so,
makan pom main sumbat je apa yang ada kat depan mata.
 
jumaat..
keluar cari makan..semua kedai makan tutup.
maybe tauke-tauke dalam mood beraya lagi.
jadi konklusinya..
makan maggi bersama milo panas.
bukan malas nak masak..
umah sewa aku takde dapur.
bukan takreti masak..
umah sewa aku memang takde dapur.
;p

pagi sabtu..
aku alas perut breakfast roti cicah milo panas je.
tengah hari tu pergi beraya,masak rendang kat umah akak officemate.
dia jamu kami ngan mee goreng,kuwetiyau goreng.

so,
dua hari la aku tak telan nasik.
kalau satu hari tak jumpa nasik..
kepala start la pening-pening.
yang peliknya hari tu kepala aku ok je.

owh semalam kat ofis ada jamuan hari raya.
kalau ada jamuan hari raya..
paham-paham je la eh..
macam mana banyak jenis makanan terbentang terhidang kat depan mata.

tak makan..rugi.
dah makan..lupa diri.
first yang aku sambar of course la yang berasaskan nasik!
nasik minyak..tak banyak.
satu senduk je.
pastu aku amik satay ayam dalam empat cucuk.
satay ikan sikit je..
eh sikit ke?
 pastu sambung puding cocktail.
rehat kejap.
sembang-sembang.
bercerita-cerita.
gosip-gosip.
gelak-gelak.
gurau-gurau.
sambil makan jeruk,rojak buah.
 
dalam dua jam pastu aku sambung lagi.
kali ni aku start ngan mee kari.
yang ni aku amik sikit je.
sebab takut kuah nya tak kena ngan selera aku.
sekali rasa menyesal giler sambar skit!
serius sedap!
nak tambah malu la plak.
sebab time tu ramai la plak tetamu sampai.

rehat kejap.
sambung makan ketupat cicah rendang&serunding.

pastu dok bergelak huhahuha berderet jadi penyambut tetamu.
dah rasa tegang semacam je otot-otot pipi ni.
agak-agak budget 'letih' minum air mango bergelas-gelas.
hoho kembong weh kembong!

staff lain dah start kalut tapau makanan yang giler banyak..
aku g cedok makan mee goreng campur bihun goreng.
tu yang last aku sempat sambar.
ada gak yang dalam list tak sempat 'try'..
hahahahahaha.
antaranya laksa,laksam,soto.
emmm ape lagi eh?
heheh.

aku sempat tapau soto.
roomate aku plak tapau nasik minyak,jeruk,keropok.
malamnya kami hadap makanan tu lagi sekali.
yang kecewanya tak merasa nak makan soto..
sebab dah basi.
huhuhu.

kesan dari kejadian weekend & semalam.
hari ni perut aku meragam.
dari weekend yang makan entah apa-apa..
ke semalam yang makan berjenis-jenis.

mau tak terkejut la perut nih!

nah amikkaw!

moral of the story:
berpada-pada la!
jangan lupa diri bila dah nampak lautan makanan.
ingatla pada yang lebih memerlukan.

adoi sakitnya perut.
keje bos banyak lagi yang nak kena setel!
sobSob..

Wednesday, September 7

Tuesday, September 6

mereka keliru.aku celaru.

tak tau.
bangga ke?
serabut ke?

pernah tak korang ke mana-mana..
ada yang nama sebijik sama macam korang?

aku pernah.
selalu.
sokmo.
dah lali.

kadang-kadang ok.
kadang-kadang tak ok.

masa sekolah rendah dulu..
ada sorang je yang nama sama..
kawan-kawan bezakan kami dengan nama bapak.
tak pom sebut nama kelas..
nasib baik time tu tak satu kelas.
so dorang tak konfius la sangat.

masa sekolah menengah..
ramai jugak yang berkongsi nama sama.
tapi kawan-kawan bezakan aku dengan gelaran bapak aku jugak.

masa diploma alhamdulillah takde masalah.
takde yang sama nama.

masa degree bleh tahan best.
satu kelas dah tiga orang nama yang sama.
tiap kali lecturer panggil untuk attendance atau markah test
selalu keliru.
yang kelakar asal lecturer sebut je nama tiga-tiga pakat dok toleh-toleh.
engkau pandang aku.aku pandang engkau..sambil jongketjongket bahu.
masalah tu kejap je.
masa first week dalam kelas je.
bila lama-lama lecturer dah bleh bezakan kami.

bila dah masuk alam kerja ni..
eh macam makin bertambah la pulak masalah mereka
nak bezakan makhluk-yang-bernama-sama ni.
kali ni empat orang!
empat orang ya empat!

meh aku share kan fakta sorang-sorang
perlu ke?
suka ati aku la nak share ke tak :p

ok
sorang kat admin.terengganu.dah kawin.

sorang kat seksyen A.terengganu jugak.
bakal berkawin tak lama lagi.
aku selalu bezakan dia dengan nama bakal husband dia
yang jugak kerja satu ofis kami.

sorang lagi sama seksyen dengan aku.nogori semilan.dah kawin.

aku? satu seksyen ngan akak nogori tu.kelantan.ntah bila akan kawin.

fakta sorang-sorang makhluk-yang-bernama-sama aku hafal.
orang lain?
ada masa ke dorang nak menghafal?
banyak benda lain kot yang dorang perlu mengingat.
tapi atleast..hafal la nama bapak kitaorang.
atleast!
sebab tu je satu-satu nya cara nak bezakan kitaorang.

aku bengang bila ada satu hari tu..
aku baru je daki panjat tangga ke workstation
semput pom tak hilang lagi
tetiba ada sorang senior staff
tanpa bagi salam

"huh awak ke mana sekian sekian hari bulan tak punch kad?"

"eh setahu,seingat saya tak pernah termiss punch kad.betol ke?"
"betol encik saya tak ke mana.saya punch la hari tu.tak cuti.tak mc."

dia dah start tinggikan suara macam tak puas hati ngan jawapan aku.
"betol tak betol try pi tengok kat bawah meja sipolan sipolan."

nak tak nak terpaksa la aku menapak turun ke bawah.
sebab mengalah tanda hormat!
check punya check dan aku dah agak.
orang yang dimaksudkan tu bukan aku!
huh encik! next time make sure which makhluk-yang-bernama-sama tu.
tak ke dapat malu?
tak ke terpaksa aku turun naik daki tangga?
letih weh!

insiden cam gitu tak stop kat situ je.
bersambung dan terus berulang tiap kali ada phone call..kot.

yang tak paling tak tahan..
si pemanggil A: hello H.minggu ni awak pi kursus kat sanasinisinun bersama si polan kan?
aku: erk.sori ya encik H yang mana satu ya?
tak salah kot kalau sebut nama skali ngan Binti.
nak-nak bila time formal cam gini.

si pemanggil B: hello H.aku ni N la.
aku: H mana satu ya? kat sini ada tiga H.
si pemanggil B: eh.H yang mana satu ya?
erk aku tanya dia.
dia tanya aku balik.

si pemanggil C: H kenapa awak belom emailkan yang saya mintak?
aku: erk sori encik.bukan saya yang incharge.

tak tau nak salahkan sapa bila bab ni.
salah operator ke.
salah si pemanggil tu.
=="

awat masa kecik dulu..
Umie tak letak nama LisaSurihani ke.
Suri ke.
Hani ke.
ErraFazira pom ok.

H is everywhere!
siap ada lagu la weh!

Monday, September 5

satu dua tiga empat

Give me more loving than I’ve ever had
Make me feel better when I’m feeling sad
Tell me I’m special even though I know I’m not
Make me feel good when I hurt so bad
Barely getting mad
I’m so glad I found you
I love being around you
You make it easy
Its as easy as 1-2-1-2-3-4
There’s only one thing
To Do
Three words
For you
(I love you) I love you
There’s only one way to say
Those three words
That’s what I’ll do
(I love you) I love you
Give me more loving from the very start
Piece me back together when I fall apart
Tell me things you never even tell your closest friends
Make me feel good when I hurt so bad
You’re the best that I’ve had
And I’m so glad I found you
I love being around you
You make it easy
It’s easy as 1-2-1-2-3-4
There’s only one thing
To Do
Three words
For you
(I love you) I love you
There’s only one way to say
Those three words
That’s what I’ll do
(I love you) I love you
(I love you) I love you
You make it easy
It’s easy as 1 2 1 2 3 4
There’s only one thing
To Do
Three words
For you
(I love you) I love you
There’s only one way to say
Those three words
That’s what I’ll do
(I love you) I love you
(I love you) I love you
1-2-3-4
I love you
(I love you) I love you
Plain White T's

Sunday, September 4

reunion.makan.bergambar.balik.

walaupun hari ni dah hari kelima Syawal..
aku tetap nak citer tang 28 Ramadhan yang lepas.
heheh.

hari tu
berbuka puasa
bersama geng satu kelas masa hingusan dulu
a.k.a reunion kecil-kecilan.

beriya.bersungguh.eksited aku nak join.
sebab utama of cos sebab incikSusah.
heheh.

bila dia bagitau yang takleh join sebab ada hal.
dah tak beriya.dah tak bersungguh.dah tak eksited.
tapi disebabkan nak jumpa kawan-kawan lama..
..yang dah 'banyak' berubah..
aku kuatkan jugak kaki menapak ke tempat kejadian.

aku..
antara yang terawal sampai.
jadi pemerhati.

ternampak kelibat yang macam ku kenal.
eh kaler baju 'tersama' la plak.
seingat aku takde buat sebarang pakatan.
dalam hati dah dupdapdupdap.
dalam kepala dah terpikir mati la kena bahan teruk malam ni.
dan sangkaan aku memang tepat sekali.
=="

malas nak citer panjang.
walaupom dah terlebih-lebih

ok let's pictures tell the story!


juadah untuk selera Jawa sahaja




posing sebelom kata-kata aluan :p


gegirl yang terlibat
 
boboy di tempat kejadian

pic credit to KakLong