Wednesday, March 30

murah rezeki

pagi tadi
cuaca okeih.
tak hujan dan tak panas.
mendung je.

selamat sampai kat ofis dalam keadaan kering
^^v
fuhhh!

hari ni betol-betol murah rezeki.
dari breakfast ke lunch ke minum lepas lunch..
free!

alhamdulillah.

pagi staff ofis yang belanja.
pekena nasik lemak plus kopok lekor.

tengahhari pulak ada jamuan lepas setel AGM.
nasik minyak weh!
..bedal nasik minyak dua pinggan
okeih!!

sebelum balik ofis singgah pulak minum teh-ais-sejuk-tekak!
pommmm dibelanja.

akibatnya...
kesannya...
natijahnya...

aku jadi cam gini...
dan jugak begini...

semoga Allah memurahkan rezeki mereka.
mereka yang murah hati.

pantang ais dah lari lintangPukang.
=="

comelkan si zikry hafiy nih??

Tuesday, March 29

seram & kuala terengganu banjir..kejap!

malam tadi
aku kat umah sewa sorang-sorang.
housemate yang lain keluar.

tak pernah rasa takut dok sesorang.
malam tadi rasa lain macam je.

mungkin sebab bunyi hujan lebat..
lebat sangat-sangat macam langit nak runtuh.

study terganggu
sebab terdengar macam ada yang dok main ketuk-ketuk pintu.
nak tak nak aku kuatkan volume tv..
dengan harapan bunyi-bunyian tu tak kedengaran lagi.
hahahaha hampa.

last-last tutup buku..
tido.
tapi mata tak boleh lelap jugak.
=="

dan pagi tadi..
...lambat sampai ofis!
yeay!
first time punchcard lambat.
arghhh!

sebab lambat..
pagi tadi keluar rumah lambat berharap yang hujan akan berenti.
alih-alih terpaksa jugak redah hujan.
dan yang lebih menyayatkan hati,melecunkan baju lagi..
..laluan yang biasa aku redah tiap-tiap hari..
naik air!!!
naik air takat lutut weh!!

nasib baik aku tau jalan alternatif.
bukan shortcut dah..longcut.
dan...
nyaris-nyaris aku nak kena langgar dengan kereta wira hijau..
lupa nak tengok nombo plat..
kalau tak..
terjumpa kat mana-mana esok..
siap aku kerjakan dengan syiling lima-posen!

depan ofis pom lenggang dengan kereta..
penuh dengan air!

Sunday, March 27

Allah jodohkan aku dengan mereka

ujung minggu hari tu..
tak balik kampong.
tak balik dengan harapan nak study..konon.
petang jumaat baru hegeh-hegeh bukak mukasurat-satu-roman-isiKandungan.
 
baca dua-tiga-ayat..
baca je dua-tiga-empat-lima-minit..
mula la teringat nak text orang tu..
text orang ni.
masa tu jugak la teringat kat kawan-kawan-sekepala.
kawan sekepala yang ku panggil si Mek dan si Jang.
 
owh
baru teringat yang si Mek dan si Jang nak pergi jobfair.
mari lah bertanya kaba.
marilah menutup nota serta buku dengan serta merta
=="
 
akibat sibuk-badan a.k.a busyBody serta baik ati sangat nak bertanya kaba..
tak pasal-pasal bertukar jadi orang tengah mereka.
orang tengah mereka bertukar maklumat pasal jobfair..
takpe..kawan baik punya pasal.

kalau orang tengah nak kenen-kenen-kan mereka..okay jugak ^_^v

terima kasih Allah pertemukan aku dengan mereka.
Engkau permudahkan segala urusan mereka.

Thursday, March 24

cerita ini hari

hari ni sampai ofis awal.
kebiasaannya seminit sebelom loceng berbunyi..
baru la aku terhegeh-hegeh terpacak kat depan ofis.

owh
minggu ni minggu awal sampai ofis.
pelik.
tak tau kenapa minggu ni senang je.
tak liat bangun pagi.
tido-tido-ayam je.

simptom-simptom exam suda mariiiiii
=="
tapi serius aku malas gila nak study.

nampak je kaler kuning.
perasaan elergi tu datang.
*sebab dua-dua buku yang aku nak kena hadap tu kaler kuning*
tambah dengan hujan-sejuk-tarik-selimut-best!

pagi tadi disebabkan landing kat ofis awal skitttt
aku meng-googlemap.
dan ni la antara hasil-hasilnya!

Monday, March 21

kerja dan exam

permulaan minggu ni sungguh memenatkan.
betol-betol menguji kesabaran.
uji fizikal dan mental.

minggu ni terasa lambat berlalu.
ingatkan hari ni dah selasa.
owh rupa-rupanya isnin.

minggu ni kena start disiplinkan diri.
siang setelkan kerja kat ofis.
malam study mana yang patut.
weekend aku dah tak boleh ber-malas-malas-an lagi.

lebih kurang lagi dua minggu..
aku kena ngadap exam tiga jam.
rujuk dua buku kaler kuning tebal.

lost!

Wednesday, March 16

kuasa Allah dan mentaliti manusia

hari ni ada kelapangan sikit.
aku amik peluang baca berita dan blog.
tentang isu semasa..
yang kat mana-mana pakat dok bersembang.

gempa bumi..
tsunami..
letupan loji nuklear..
dan ancaman gunung berapi.
semuanya berlaku kat jepun.

aku start dengan akhbar famous ni.
pastu sambung dengan..
gosip dan perkembangan semasa kat blog ni.
try jugak google isu-isu yang berkaitan dan terjumpa la entry ni dan  forum ni.

malas nak cakap banyak!

sambil baca..
sambil geleng kepala..
sambil ingatkan diri sendiri..
jangan main redah je..
time nak utarakan
luahan-hati-perasaan yang sarat-terbuku-terbeku
kat hati atau kepala.
konon engkau nak update dengan isu-isu semasa..
tapi sensitiviti orang lain engkau tak pikir..

sekarang ni..
mungkin kita terpalit rasa "berat mata memandang"..
..kita belom rasa "berat bahu yang memikul".

agak-agak malaysian boleh ke macam ni?

tika senang berduyun datang.
tika susah..ada???

Tuesday, March 15

kalaulah

siang tadi
lepas setel kerja..
aku sempat baca entry kat sini

dan..
untuk hari ni
ada satu entry yang mata,hati,akal aku dapat tangkap.

tak tau macam mana nak hurai..
menarik ke?
bagi info ke?
buat aku sedih ke?

sebab suasana cam gitu aku tak pernah rasa.
maksud aku..
tak pernah rasa dari ayah kandung aku.

pencapaian hidup

tahun ni umor dah nak masuk rank jubli perak.
dah hampir pertengahan 20-an.

lesen memandu?
takde!

duit simpanan?
banyakkkkkkkk syiling dalam teddyBank!

kereta? motor? basikal?
takde! takde! dah karat!

tunang? kawin? beranakpinak?
belom? belom? belom?
kalau zaman dulu-dulu..
anak dah dua,tiga..
eh ke dah empat,lima,enam?

Sunday, March 13

bukan kesayangan

kat umah..
aku bukan anak kesayangan.
bukan anak tiri kesayangan.
bukan adik kesayangan.
bukan cucu kesayangan.
bukan anak buah kesayangan.
bukan sepupu kesayangan.

kat ofis..
aku bukan staff kesayangan boss.

masa belajar dulu..
aku bukan student kesayangan cikgu maupun lecturer.

aku juga bukan kawan kesayangan rakan-rakan.
bukan juga kekasih kesayangan.

aku tak salahkan sesiapa kalau aku bukan kesayangan mereka.
aku tak boleh paksa orang rank-kan aku dalam "list insan kesayangan" mereka.
kannnn?
orang lain pom tak boleh paksa aku rank-kan mereka dalam list aku.

tapi..
jangan la nampakkan sangat kadar kesayangan di hati kamu-kamu.
plastik-kan la sikit demi menjaga hatiku.

siapa la aku..
yang perlu dijaga hati.
kannnnnnnn?

bising!

petang semalam
sebelom balik umah sewa..
aku dan famili balik kampong.

famili besar berkumpul.
nenek dan famili makcik yang tinggal kat seremban ada kat kampong.
time ni la boleh jumpa berkumpul ramai-ramai.
kesempatan tu boleh la celebrate birthday sepupu-tembam ku.

Thursday, March 10

hari terakhir

petang semalam
last day berkursus.

ok.

makan best.
penginapan best except..
yang tersalah penempatan peserta lelaki & pompuan.
lain kali sila hati-hati ya urussetia.

Monday, March 7

cikMayat gelabah

dari petang semalam hati dah tak tenang.
tak tenang sebab "deria bau" aku macam dapat agak..
..yang jiran bilik sebelah sa-orang lelaki.

hal jiran bilik sebelah pom nak kecoh ke?

Sunday, March 6

lone ranger

malam tadi..
tido tak berapa nyenyak.
sebab hari ni kena berdepan benda baru.
benda yang tak pernah aku alami.
benda first time..
..yang nak taknak aku kena hadap.

Saturday, March 5

abang aku tau?

petang tadi..
masa dok masak-masak.
dapat call dari Alom.

macam tau-tau je yang aku rindu kat dia kannn?
hihihi.
mustahil la kalau dia terbaca post yang aku tulis semalam.
mustahil.

betol la skrip drama tu cakap..
bila kita ingatkan seseorang tu..
orang tu akan ingatkan kita jugak.
yo lah!

incikSusah,
sama ke dengan kes kita?
miss u too :')

Friday, March 4

aku dan dirimu

owh.
tiba-tiba teringat kat abang aku.
alom.

dah lama tak jumpa.
dia balik kampong hari tu..aku keje.

last jumpa..
disember tahun lepas.

bila dekat..
ada je benda yang nak digaduhkan.
bila jauh..
..






encik Alom pofile pic

encik Alom,
jangan giler keje sangat.
jaga diri.
rehat cukup.
makan sayur weh.
dah tua tapi tak suka makan sayur.
aparaaa!

minggu pertama bulan tiga

kamis 3hb3.
semalam.


pergi keje awal.
tak kalut as usual.
tahniah untuk diri sendiri.
yeay!


ke ofis berlenggang kangkong.
kat bahu ada beban hampir 5kilo.
eh ke tak sampai 5kilo?
bawak balik laptop boss.
sisa keje yang MESTI disiapkan.

Thursday, March 3

permulaan bulan tiga

hari ni letih sangat.
dok panjat turun naik tangga banyak kali.
turun naik..
turun naik..
tangga kat ofis plus umah sewa.
mintak-mintak malam ni kaki ok tak kremmm.

Tuesday, March 1

umah sewa baru LAGI~

hari ni
penat.
penat otak.
letih minda.

kat ofis..
discussion dari pagi sampai petang.
masa discussion,aku ada buat salah..
small-silly-stupid-mistake..
takpe pengajaran untuk aku.
tak buat salah..maka tak belajar.
lain kali jangan buat lagi.
kalau buat kesalahan yang sama..itu bodoh namanya.
ok noted!

balik dari keje..
packing barang tersisa kat umah sewa lama.
sebelom magrib dah check-in kat umah sewa baru.

malas nak unpack barang-barang ni.
banyak.
letih.

aku letak kat satu penjuru dalam bilik.
maybe roomate baru aku akan cakap.. 
menyemakkan mata je barang minah ni.

ah tak kisah lah.
aku pom bayar sewa jugak.
:p

cik diri,
don't judge the book by its cover!
selalu cakap tapi jarang praktik.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

semalam..
ulangtahun-ulangbulan-ulangminggu-ulanghari
kami
yang ke 1 tahun,1 bulan, 1 minggu dan 1 hari.

alhamdulillah.


incikSusah,teruskan bersabar.
marilah bersabar~~