Monday, March 7

cikMayat gelabah

dari petang semalam hati dah tak tenang.
tak tenang sebab "deria bau" aku macam dapat agak..
..yang jiran bilik sebelah sa-orang lelaki.

hal jiran bilik sebelah pom nak kecoh ke?

ok aku kena kecoh sebab kalau jiran bilik sebelah sa-orang lelaki..
..ini bermakna kami akan bergilir-gilir guna bilik air yang sama.
ini jugak bermakna bahaya,tak selesa,tak aman.

nak ubati hati yang tak tenang..
aku jumpa urussetia.
tanya siapa jiran aku tu.
bila Puan urussetia check & bagitau nama..
ok confirm jiran aku bukan lelaki.
sa-orang pompuan.

jawapan yang Puan Urussetia bagi buat aku tenang kejap.
kejap je la.
bila balik ke bilik..
"deria bau" dapat detect bau sa-orang lelaki lagi sekali.

haih.
harap-harap dapat tidur dengan tenang.

tersedar je pagi tadi..
terdengar bunyi ada orang dalam bilik air.
aku try jugak pasang telinga.
telinga ni dapat tangkap bunyi sa-orang lelaki.

owh.
jawapan yang urussetia bagi malam tadi..
..tak boleh pakai.

sebelom pergi breakfast..
aku jumpa Puan urussetia lagi sekali.
ya "deria bau" aku memang betol!
tepat!
dan tak dapat disangkal.

Puan urussetia cakap kesilapan teknikal.
sebab nama jiran aku tu ada perkataan "Binti"
secara logiknya "Binti" untuk sa-orang pompuan..kannn?
so urussetia susun penempatan bilik tanpa check jantina peserta.

ok.
alasan boleh diterima.
tapi boleh tak pindahkan encik jiran tu petang ni??

aku nak guna bilik air pom rasa terbantot je.
"____"

3 comments:

ZALIYATI said...

so, share bilik air ke???boleh ke mcm tu????

ZALIYATI said...

kesilapan teknikal yg x ptt terjadi...bhya tu...

cikmayat menekan keyboard said...

aah share bilik air..huhu.
ptg smlm dia dh tkar bilik lain.
alhamdulillah.