Wednesday, August 31

#6 wordless wednesday



diapit pengantin baru ;)

berbuka puasa bersama PCOBA
restoran ayam penyet
28 ogos 2011


incikSusah: gudnite Mrs.'Susah' sayang.
cikMayat: auwwww! 

Monday, August 22

si gigi besi

first time aku sedar kewujudan
Shahredza Minhat ni dalam cerita Pisau Cukur.

time tengok promo citer tu..
dah rasa tertarik nak tengok citer tu.
first sebab ada Fazura.
second sebab cam best je berangan jadi orang kaya-kaya.
hehe..

bila dah tengok..
WOW!

first
sebab jalan cerita tak sama ngan tipikal cerita melayu yang sedia ada.

second
sebab Fazura lagi.

third
sebab dah terjatuh cinta sama watak Faqir.
owh!
cara Redza bawak watak slumber je.
bersahaja.
sweet.
apa lagi eh?
pendek kata..kalau dah terjatuh minat,
semuanya indah-indah belaka.
hikhik.

okeih.
selamat menjamu mata dengan ke-sweet-an beliau.





ni time beliau bergigi besi :D
pic



eh beliau baru je kawin.
sepadan kan?
sama comel.sama sweet.



dan ni projek terbaru beliau..



yang sebenarnya aku nak tunjukkan yang ni..
hihi.
notification sampai kat fon kul1 pagi tadi..
excited owh.
ingatkan beliau tak approve anon.
hihi.

tangan tergedik nak add redza..
lepas tengok citer Kasih Najiha kat tv9 malam tadi.

he's awesome..
berlakon cam biasa
slumber sempoi je.

pelakon lain sorry to say..
ada yang kaku kayu.
ada yang over lebih-lebih.
aku nak feel scene tu pom dah terbantut.
siap boleh tergelak-gelak ngan roomate time scene sedih
=="

eh,beliau ada berlakon dalam gol&gincu eh?
serius tak perasan..
owh maybe time tu focus kat kecantikan fazura.
hihi..

Tuesday, August 16

Lemau remains Lemau.

pagi tadi ada rewang kat ofis.
rewang-rewang packing biskut raya,kurma untuk majlis ahad ni.
aku tolong apa yang patut je.
sebab bosan dok ngadap pc.
pc hadap aku.
takde keje.
bosan.
opssss!

oooh.
sebelom terlupa.
hari ni 16 ogos 2011 kan?
*soalan bodo*
hehe.
ehem ehem..
ekceli hari ni genap la setahun aku keje kat terengganu.
emmmmm..
nak flashback balik macam mana first time lapor diri hari tu..

tapi lain kali je la.
next time matsalleh cakap.
takde mood!!!
hati terbakar dari pagi tadi belom padam!
serious geram-giler-nak-mampos!

balik dari rewang..
dapat mesej yang berbunyi sebegini..

Salam Ramadahan.
sebagai info saya (cikgu kereta)
ingin memberitahu bahawasanya
permohonan anda untuk test 21hb..
telah ditolak kerana terlebih kuota
[msg send by *****]

kali ni dah kali ketiga kuota PENUH!
aku dah remind banyak kali sebelum,semasa aku pergi kursus hari tu.
dan selepas aku balik kursus..
aku nak settlekan benda ni AWAL-AWAL.
CEPAT-CEPAT.

ya.
ya.
aku paham bukan aku sorang je yang amik,belajar memandu kat situ.
bukan aku je yang beratur tunggu turn nak test.
tapi kenapa asyik aku je yang ter-miss tak termasuk dalam list?
budak-budak,pakcik-pakcik,makcik-makcik..
..yang masuk kelas sama ngan aku..
dah bersenang lenang ke hulu ke hilir bawak keta,moto.
aku???

nak kata ada payment yang belom settle,
aku dah settle kan semua.
except balance ciput yang katanya perlu disettlekan pada hari test nanti.

kenape asyik nama aku je tak dapat masuk dalam list?
nama budak lain elok jer terselit.


BAKPO?
PORKE?
KENAPA?

KIYUHUWA?
WEI SHENME?

owh ya.
aku lupa cikgu memang anti ngan aku.
since peristiwa ni

bila la gamak nye setel??
T___T

sabar pom ada batas la cikgu!
dok Lemau Lemau pah ceroh.
jangan la buat saya macam ni.
saya bayar tauuuuu..
bukan belajar free free.
korban tenaga,masa,cuti tahunan..
dan duit!

wish list

dalam entry ni
aku pernah citer hajat aku yang belom tertunai.

dah hampir setahun..
satu je hajat yang tercapai.
sempat beli kamera kaler pink je.

okeih!
disebabkan bonus hari raya dah muncul kat dalam akaun bank pagi semalam..
aku terasa teruja nak update next wish list.
(walaupun previousss belom tercapai ^__^)

first sekali aku nak beli polaroid camera.
yang cam gini.
nak beli jugak external hard disk cam ini.


nak bercuti kat sini




nak pergi sini jugak






mari mulai menabung
demi menunaikan hajat-hajat yang belom tertunai.
Ya Allah,permudahkan lah urusanku..

Saturday, August 13

nak ayam goreng! nak ayam goreng jugak!

tajuk entry macam mintak lempang laju-laju je!

petang tadi..
dengan lemah longlai..tak larat..
tahap budak lima tahun baru belajar nak puasa.

aku menghidu..
mencari sesuap,bersuap-suap juadah berbuka.
tekak terasa nak telan nasik minyak ayam goreng.

disebabkan tahap tak larat & malas yang menggunung..
aku batalkan niat berjogging ke bazar ramadhan.
menapak je kat warung depan blok umah sewa ni je.

nasib menyebelahi makhluk Allah yang pemalas ni.
akak-nasik-minyak baru je sampai.
tak menyempat..
aku terus je order nasik minyak ayam goreng sebungkus.
tanya kaba mee kari..akak tu menjawab tak de.
okeih fine.

balik je bilik..
bungkusan nasik minyak ayam goreng aku letak tepi.
sambung tugas meng-iron stok baju kerja untuk seminggu.

setengah jam kemudian..
terkejut terdengar bunyi meriam dari Bukit Puteri..
dan sayup-sayup azan maghrib kedengaran.

dengan pelahap tak menyempat..
rakus aku bukak bungkusan nasik minyak tadi.

nak menangis.
nak menjerit.
nak meraung.
nak melalak.
semua ada.

bungkusan yang ku sangka nasik minyak ayam goreng tadi..
rupa-rupanya
ada nasik minyak TANPA ayam goreng.
T______________T

sabar.
sabar.
akak-nasik-minyak tadi TERlupa nak letak ayam goreng KOT.
silap aku jugak.
tak perhatikan betol-betol akak tu bungkuskan order tadi.
sebab mata dok melilau-lilau tengok gerai kuih seberang jalan.

rezeki hari ni..
nasik minyak berkuah jer..
alhamdulillah.



credit to Google


cikMayat:awk nak tau 1 citer sedih tak?

incikSusah:ya citer apa?

cikMayat:tadi sy blablablabla nasik minyak ayam goreng
tapi takde ayam goreng.
sedih tak citer ni?

incikSusah:emm?
sedihnya.
dah macam rancangan Bersamamu.

cikMayat: *sentap*

Sunday, August 7

double N~part II















pic credit:

owh okeih!
dlm masa terdekat,
jangan dok berangan tang kawin-kawin.
=="

Thursday, August 4

Cinta Lokasi

oooyeah!
sebulan lebih tak update blog..hari ni mau update skit.
sebulan lebih tak balik kampong..
dan hari ni jugak mau pulang ke kampong.

sebulan aku bertapa di akademi.
tuntutan kerja.
attend kursus induksi.
ni la yang aku tunggu-tunggu selama ini.

alhamdulillah.
kursus dah settle.
tunggu result exam kursus je..
harap-harap result ok walaupun tak sempat nak study.
walaupun blank masa dok menjawab exam.
dah usaha..tinggal tawakal je lah.

oo ya.
hari ni second day masuk ofis..
lepas "cuti rehat" 3 hari.
tapi kepala otak fikiran masih melekat kat akademi..

dan owh kenangan pahit manis..
sepanjang sebulan..
bersama kawan-kawan baru
a.k.a famili-besar-baru..
sungguh! serious! tak boleh dilupakan!

terasa kembali ke zaman belajar time U dulu.
huhahuhahuha bergelak sakan
tersengguk-sengguk angguk-angguk geleng-geleng
dalam kelas.

rutin harian jangan cakap la.
dah rasa cam masuk skolah berasrama lagi sekali.

sebelum subuh dah bangun jemaah kat surau.
lepas tu berlari-lari anak naik ke bilik tukar sports attire
ya kawan-kawan..
ayuh bersenaman pagi sambil menguappppp
*yawn*
senaman tak seberapa..
kira 1,2,3 sampai 7 dalam hati je..
part nombo 8 sebut kuat-kuat..hahaha.
kita teruskan rutin dengan breakfast ala-ala omputih.
cereal,susu,waffer,fresh oren a.k.a sunquick je pom.
dan owh tiba-tiba ada..
nasi-kerabu-tak-menjadi
atau
mee goreng cili terlebih-lebih
atau
mee soto
atau
laksa goreng?
taklarat kot nak listkan semua menu sepanjang sebulan kat sana

selesai breakfast dalam kul 7 lebih.
berlari-lari lagi sekali, naik ke bilik.
time tu la brebut-rebut,bkejar-kejar guna bathroom..
siap bagi timing lagi kat kawan bilik sebelah..haha.
time tu jugak la nak iron baju,tudung,siapkan apa yang patut.

tuptaptuptap kul 8 sharp!
semua kena tunjuk muka dalam masa komuniti.
lagu wajib Negaraku,lagu koprat,lagu 1 Malaysia
dannnn lagu tema induksi Setanggi Syurga.

owh yes!
first time aku dapat tau yang kami kena nyanyi lagu tema tu..

sebulan!

hampir tiap-tiap hari!

dalam hati
*HUHHHHHHHHH?*
dalam pikiran
*lagu mendayu-dayu cam gini jadi lagu tema?*
bisik-bisik ngan member
*lagu ni jadi lagu tema?biar betol?*
nak tak nak kena wajib nyanyi..

dan seriously
giler menyesal ngan kata-kata dalam hati & fikiran serta mulut aku tu.

sebab makin lama aku makin jatuh cinta ngan lirik,melodi lagu tu.

sebab aku kot first yang terburai air mata..
time nyanyi lagu ni time dinner hari tu..
ter-touching part bait-bait lirik

"ku anyam rindu menjadi hamparan..
..kerna ku pasti adanya pertemuan"

 
seingat aku
minggu pertama je kami pakat dok membilang hari nak balik.
lepas tu dah brenti macam tu je..
..may be dah bleh get along ngan semua..
yang tak kira peringkat umur & status tapi kepala dah macam kanak-kanak ribena.
tak bahagia masa kecik2 dl mungkin

*bersambung*