Friday, January 20

Hati Kian Terluka

Mampukah kita bertemu
Menyambung ikatan terlerai
Mengubah sebuah rindu
Yang kian terbiar sepi

Sedangkan di jiwa ini
Dibohongi kesangsian
Yang membunuh keyakinan
Antara kau dan aku

Bertemu lagi mampukah kita
Menghulur lalu sambut kemesraan
Menghiris hatiku yang terluka
Menghembus titisan embun kasih

Pada harapan nan kegersangan
Sedangkan kita terlalu jauh
Dipisahkan oleh kebencian
Terpisah oleh kemarau kasih

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling merindui

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling menyayangi

Bertemu lagi mampukah kita
Menghulur lalu sambut kemesraan
Menghiris hatiku yang terluka
Menghembus titisan embun kasih

Pada harapan nan kegersangan
Sedangkan kita terlalu jauh
Dipisahkan oleh kebencian
Terpisah oleh kemarau kasih

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling merindui

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling menyayangi

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling merindui

Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling menyayangi

Hati Kian Terluka by Slash


Happy 2nd Anniversary.
20012012.

Tuesday, January 10

Relationship Status

“We can tell the entire world whether..
we’re single,
in relationship,
engaged,
married,
divorced,
widowed,
whatever we want.

We can even tell the world..
it’s complicated.

But here’s my question,
it isn’t every relationship complicated?”



Solat Istikharah


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah..
kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh.
Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup..
tidak kira bagi lelaki atau perempuan.
Perkara ini mungkin berlaku kerana..
penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas.
Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini.
Sedangkan amalan Solat Istikharah ini..
sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah..
sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata:
Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan,
seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.
Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu,
maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.” - sumber



Niat serta doa solat istikharah


"Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala"
 
"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu
dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu
juga saya memohonkan kurniaMu yang besar,
sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui
dan saya tidak mengetahui apa-apa.
Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku,
kehidupanku serta akibat urusanku,
maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya.
Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku,
dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku,
maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya
serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya,
kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."
 


Soaljawab mengenai solat istikharah

 Q: Selepas kita solat istikharah,bolehkah kita berkata-kata dan bersembang?
atau kita perlu terus?
A: Boleh berbual tak wajib tidur terus.

Q: Boleh tak kita baca doa sendiri tanpa baca doa solat istikharah?
A: Boleh.bacalah sebarang doa yang memang kita faham maknanya.

 Q: Kalau kita buat solat istikharah dan kita dapat petunjuk yang sama sebanyak 2X
tapi bukan melalui mimpi.
Adakah dia adalah jodoh kita..
sebab sebelum ni buat solat istikharah pernah mimpikan dia sebanyak 4X.
tapi baru-baru ni dapat petunjuk lain iaitu bukan dalam bentuk mimpi.
A: samada mimpi atau bukan mimpi,hati terasa ringan dan lapang bila mengingatinya.

 Q: Boleh tak kalau orang tu taknak ikut jawapan dari solat istikharah tu?
A: tak wajib ikut petunjuk istikharah tapi makruh hukumnya.

Q: Boleh tak kalau buat solat istikharah untuk kawan?
A: boleh tapi diri sendiri lebih *aula*

sumber print screen

persoalan mengenai solat istikharah