Monday, June 27

hari-hari sebelum hari penting

sejak dua minggu lepas dok membilang hari.
teruja mungkin.

rabu lepas dah kechiwa.
kemain aku praktis untuk test jpj.
alih-alih cikgu call bagitau nama tak naik.
frust giler!
tak pasal-pasal nak kena amik turn lagi sekali.

rabu ni..
harap-harap tak kechiwa lagi.
dah lama aku tunggu saat surat tu sampai ofis.
surat kursus induksi.
insyaAllah step akhir untuk aku confirm.
huhu.

dah tak sabar nak join aktiviti masa induksi tu nanti.
harap-harap cerita-cerita yang tak best..
..yang dengar dari colleagues tak terkena kat aku.
anggap je la mereka saja nak gertak aku.
:)

pandai pulak virus demam serang time ni.
hukhuk.

incikSusah,
kita sama-sama demam rindu ke?

Wednesday, June 15

penantian satu penyiksaan! ok.

pagi ni rasa nak menjerit kuat-kuat kat ofis!

happy!

gumbira!

suka!

sekian.terima kasih.

^_____________^

#3 wordless wednesday


source: google

alom,bawak balik mamat cam gini sorang.
please ~;~

Tuesday, June 14

pantang #2

geram giler bila masuk je toilet..
urusan terbantut.

sebab-sebab membantutkan "urusan rasmi" aku!

#1
aku baru je masuk,dah ada yang ketuk pintu.
terbantut.

#2
ada "balak" yang dah kembang dalam mangkuk toilet.
yang ni bukan setakat terbantut.
nak muntah weh!!!
makhluk Allah ni tak tau fungsi flush toilet gamaknya.
nak kena letak how-to-use-menatang-flush-toilet gamaknya.
baru la reti!

#3
sisa-air-kuningkuningan dalam mangkuk toilet jugak!
hancing!
hamis!

#4
tisu-tisu dah membengkak dalam mangkuk toilet!
terbantut!

nak je buat spot check kat umah mereka ni.
agak-agak kat toilet umah pom macam ni jugak ke?
"=_=

Monday, June 13

double N


tetiba teringat..
yang Noh pernah keluar statement..
nak kahwin lepas Mentor settle.
program Mentor dah abis kan?

so,aku agak-agak..
mungkin sekarang dia dan tunangnya busy ngan preparation kahwin.
dan juga busy ngan show.

terasa nak google-google cari kad kahwin Noh & Mizz Nina la.
untung-untung jumpa gambar pre-wedding mereka ke..

kad kahwin kimono *comel*



gambar hari pertunangan


owh sweet!

memang fanatik Jepun la!
cover,theme Lonely Soldier Boy dah ala-ala samurai..
kad kahwin pom bertemakan Jepun gitu.

hmmm..
nak imagine kalau-kalau la
Noh pakai ala-ala samurai.
dan Mizz Nina pakai kimono.
time resepsi mereka nanti.
hehe.


agak-agak aku boleh tak apply keje assistant Detective Conan
tak pom BangNara?
hadoi aku!
dapat gambar 2,3 keping dah nak kecoh!
ha ha ha..

Sunday, June 12

owh kesian!

no matter how carefully you choose your words,
they will always end up being twisted by others.

aku rindu aku-yang-dulu.
aku..
..yang sepatah yang ditanya maka sepatah aku-yang-dulu menjawab.

aku rindu aku-yang-dulu.
aku yang tak pernah kisah kata-kata cemuh yang tempias di muka.
tak pernah kisah ejekan tentang sejarah yang akan ekori aku sampai kesudah.
sampai terbenam dalam tanah kubur.

aku lupa aku-yang-dulu.
aku yang ikut telunjuk orang sampai kesudah.

aku lupa.
sekali termakan budi,aku hanya balaci.

say nothing.
do nothing.
noted!

aku benci aku berperasaan!

Thursday, June 9

Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

*Kisah Dongeng-Stacy*


"ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya"
Hazama

Wednesday, June 8

pantang

aku pantang giler!

aku pantang bila..
benda-benda aku terusik.

aku pantang bila..
engkau dok canang kebaikan/kehebatan engkau..
macam engkau malaikat..
at the same time..
engkau dok canang keburukan/kesilapan sekecil kuman orang lain.

aku pantang bila..
engkau angin taufan satu badan bila orang lain amik pusing hal engkau.
at the same time..
engkau pom satu kepala dok kepochi hal orang tu..
apa hal??

macam bagus!!

#2 wordless wednesday

source

takzirah di petang hari!

just nak share email yang aku dapat dari makcik aku.
nasihat,tazkirah untuk diri sendiri.
manusia.
selalu lupa.
lupa diri.
so,kena selalu remind diri sendiri.

Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...”

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
 
3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
 
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT.'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita ’draw’ kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik Tidak Bererti Menentang,
Menyetujui Tidak Semestinya Menyokong,
Menegur Tidak Bermakna Membenci
Dan
Berbeza Pendapat Adalah Kawan Berfikir Yang Baik"

timakasih c'sue.
*pelukpeluk*

Tuesday, June 7

Surat Cinta


tak tau nak cakap apa.

nak gelak pom ya.
sedih pom ada.

nak gelak..
sebab loghat kelate yang Mek Na pakai 'pekat' ya amat.
aku anak jati kelate pom baca 2,3 kali baru betol-betol paham.

sedih..
sebab bila dah paham isi surat tu.
kesian Mek Na.


Abe Kob,jange gak wak Mek Na lagu tu..siye ko dio.
Mek Na,letok tepi la dulu Abe Kob.mung key nok SPM taung nih.

Monday, June 6

Cinta Teragung

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Cinta Teragung~Hazama

Thursday, June 2

yang mana satu?

gambar ni dah lama terperuk dalam inbox email.

dan terasa nak share pulak.
mungkin gamba ni dah basi.

tapi.

aku tak kira..
..nak share jugak.
haha.


kadang-kadang aku nombo 2.
dan kadang-kadang aku nombo 4 jugak.
keyword is *malas bercakap*

so,korang tergolong dalam kategori mana?

ramai jugak yang jenis wayang cina.
sekian,terima kasih.