Monday, October 24

cinta terhalang oleh orang tua

tajuk entri dah macam lirik lagu fauziah latif.

malam tadi kawan lama text.

biasanya dia akan text bila nak inform tang bola.
tapi dah lama aku tak dapat update bola dari dia.
aku paham yang sekarang dia dah de cikAdik.
so,kena jaga la limit berkawan kan.

eh malam tadi dia de citer..
tu pom lepas aku paksa-paksa dia citer la.
dan aku terpikir la kan..

eh?
ada lagi eh mak-mak yang cam gini?

dia tanya aku cam gini..

kalau la satu hari,
ada rombongan datang umah,
datang merisik,meminang.
then mak engkau terima.
dan paksa engkau terima orang tu.
walaupun si emak dah tau..
yang engkau dah berkawan ngan sorang mamat ni.
kalau engkau dalam situasi pompuan tu..
apa yang engkau akan buat?

mula-mula aku jawab ngan nada gurau je la.
sebab aku tau yang kawan tengah stress.
gila kalau tak stress??
kalau dah si awek nak kawin ngan orang lain kan?
lain la kalau si kawan tu tak sayang si awek.

aku jawab..
kalau yang datang minang tu..
bleh bagi umah,keta,duit,emas banyak-banyak kat aku..
aku soh je Umie terima.
terima je takyah tanya aku dulu pom takpe.
gila mata duitan!
gila harta!
saje buat lawak bangang..
ngan harapan kawan bleh gelak-gelak.
tapi tak.

aku sambung lagi.
Umie dah tau yang aku berkawan ngan sesape.
insyaAllah hal cam gini tak terjadi..

aku mula terpikir kalau la benda cam gitu terjadi kat aku.
agak-agak pe reaksi incikSusah?
incikSusah langsung tak kisah?
incikSusah resah gelisah?
incikSusah pasrah dan redha je lah?

aku gatal-gatal try tanya incikSusah..
aku berharap yang dia akan cakap..

jalan terakhir..
jom kita lari dari umah!

ya aku tau!
tu jawapan yang budak hingusan dok harap-harapkan.

dan
jawapan yang aku dapat dari incikSusah..
kasih ibu tak bleh ditukar ganti ngan kasih pakwe.

i hate u
but
i *heart* u

Wednesday, October 19

kalau tak stress bukan kerja namanya!

hari ni giler stress..
aku nk luah sumpah seranah kat sape aku tak tau.

aku luah kat sini je lah.


aku nak tuju sesi luahan perasaan ni kat ko!
ye ko!
bukan ko yang sedang baca blog aku ni.

seorang ko yang giler pemalas..!

buat keje tak pernah nak serius.
main-main.
kalau ko nak main-main tak heret libatkan orang lain tak pe la jugak.
ni ko buat salah,
alih-alih orang lain yang nak kena 'tolong' baiki balik salah silap ko tu.

eh eh.
dah la ko buat salah,
orang lain yang tolong.
pastu slumber giler badak..
ko ulang alik-ulang alik buat-buat sibuk benda lain
bukannya nak bagi idea setelkan masalah yang ko buat.

semua benda bagi ko small matter jeeeeerrr.
tak yah stress-stress
tak yah gelabah.

banyak la ko tak yah stress,gelabah.
bila ada je salah ke hape ke,
ko campak letak kat kepala orang lain..
tunding jari kat orang lain..
padahal memang terang-terang tu salah ko.

weh tolong la.
ko gaji dah banyak..
so buat la keje setaraf ngan gaji yang ko dapat.

aku ni gaji ciput je..
so keje pom kena ciput je la kan?

bila stress cam gini..
mula la aku pasang niat nak berhenti je keje.
jadi surirumah!

bila aku post niat,angan-angan nak jadi surirumah..
eh ramai la pulak yang bagi sokongan
meng-like,komen.

dah tak de benda lain ke nak pikir?
dorang pikir aku dah nak kawin..

eh eh kawan-kawan ce try kreatif,kritis skit..
selain benda lain dah tak de benda lain ke selain kawin?
ni satu lagi topik yang bleh stresskan aku..

aku malas nak edit cantik-cantik..
 
 

one and d'only yang bangkang aku punya "cita-cita"
..makcik aku..

Sunday, October 16

sakit tulang belakang & sendi lutut

tau bila terkena sakit-sakit..
tulang belakang & sendi-sendi kat lutut ni.
mula-mula aku pikir maybe sebab musim hujan.

badan abdomen anggota tubuh aku ni..
jenis yang tak tahan sejuk sesangat tahap mencucuk-cucuk.
dan juga tak tahan panas terik.

bila cuaca dah ok..
tak panas & tak sejuk sangat..
sakit tu tak hilang-hilang jugak.

pastu aku pikir maybe sebab..
tanda-tanda awal yang bulan nak mai kot.
ermmm..
normal bagi kitaran normal orang pompuan la kot.

tapi bila bulan dah pegi..
sakit tu makin mencucuk-cucuk.
tak hilang-hilang jugak.

nak ke klinik..malas.
kang tak pasal-pasal dapat dialog panas telinga dari doktor.

hai orang muda pom dah sakit-sakit macam orang tua?

kenapa?
orang muda tak leh sakit ke?
orang muda sihat 24/7.
orang muda pom orang jugak kan?
bukannya robot.
eh robot pom bleh sakit pe kalau dah karat tak letak pelincir?

haih pe yang aku merapu merepek ni...!

huhu..
camne nak hilang kan rasa sakit ni..?
hukhuk.
khamis ni gaji.
aku nak cari supplement kalsium magnesium.
pastu nak telan banyak-banyak.
harap-harap jalan lah.


aku yang sakit.
lagi sakit bila pikir dari 2 tahun..
postpon ke 7 tahun.
hukhuk.

Friday, October 14

selamat tinggal Lemau

alhamdulillah rabu lepas dah setel.
test JPJ untuk moto dan kereta.
one shot je.

Umie,Ba,Alang jadi pompom kat litar hari tu.
hahahaha.
dah tua pom nak kena pompom bagi semangat ke?
eh suka ati laaaa~
thanks famili
*hughug*

thanks cikgu-keta-ijau
sebab ajar calon yang bengap dan slow ni.
wahhh!
cikgu pom jadi pompom tau.
siap standby kat litar tu bagi moral support kat aku.
masa dok tunggu turn nak naik bukit
cikgu siap text lagi..
ok ke test?
buat cermat-cermat deh
ingat atas bukit selagi tok raso klah..
jange jatuh handbreak..
insyaAllah bereh tu..

part jalan raya,
aku dapat pegawai JPJ pompuan yang bleh tahan garang.
hohoho.
dah la time tu dah tengahhari.
so paham-paham la time tu time lunch.
nasib baik Puan tu tak ngap aku.
hahaha.

bleh tahan psiko gak la.
time aku drive slow..dia soh aku drive laju-laju.
kat simpang yang banyak keta,moto,lori..
time tu la dia tinggikan suara suruh aku kuar simpang.
time aku drive gear 2 dia suruh aku tukar gear 1.
time gear 1 disuruh tukar gear 2.
aku tau yang dia saje nak test aku gelabah ke tak.
kan Puan JPJ kan? kan?
ek eleh.
aku cool la weh..
hahahaha.
belagak mentang la dah pass :P

alhamdulillah hari tu jalanraya tak busy sangat.
kenderaan lain cam tau-tau je hari tu aku ada test kan?
hikhik..

time dok tunggu turn nak test moto..
aku nak terkencing.
tu je.
yang aku gelabah kalau-kalau dapat moto ex5.
aku tak pernah tak fail time nak tongkat moto tu.
huhu..
tu yang aku gelabah.
bila sampai je turn..
cepat-cepat aku bagitau cikgu yang aku nak tukar moto.
eh satu lagi yang aku gelabah.
time nak buat nombo 8 tu..
aku selalu je terlebih putar-putar nombo 8.
bila kat dalam nombo tu dah syok putar-putar sampai tak sedar.
tapi alhamdulillah berjaya.
pegawai JPJ yang jadi penilai hari tu..
em bleh tahan hensem..erk.
dan jugak garang.
standard la kan dorang wajib tunjuk muka garang.
bia budak-budak calon ni gelabah skit.
eh tapi memang hensem.
hahahaha.
sempat lagi menggatal time-time nak terkencing tu!

okeih setel bab lesen.
hmmm nak beli keta pe eh?
eh lupa.
duit blom cukup banyak.
so,simpan dulu angan-angan mat jenin.

byebye L


via

P come to me.
meh mai meh.


mat salleh kata..
better late than never.

Sunday, October 9

kejang kaki bukan satay kajang!

time musim hujan.
tido..sedap.
nak bangun pegi keje terasa liat.
malas.

tapi.
part yang tak best..
bila pikir sengsara dok tanggung sakit kejang kaki.
dia punya sakit Allah je tau.

urat kaki yang kendur tetiba ditarik tegang.
tarik sampai tahap urat tu nak putus.
aku tak reti nak describe macam mana rasa sakit tu.
tapi yang pernah kena,pernah rasa..
engkau tau la macam mana rasa sakit tu kan?
tengah dok syok tido..
tetiba terjaga kaki kejang semacam.
hohoho.
T_T

bila aku try google..
cara,petua nak kurangkan kejang kaki.
punca kejang kaki.
cara mencegah kejang kaki.

yang aku jumpa..
semuanya relate dengan
kejang kaki ketika hamil!

eh?
kaum ibu je ke yang selalu kena?
aku belom tergolong dalam kaum ibu..
huhu.

aku malas nak taip,copy atau paste bahan yang aku jumpa.
terasa kejang pulak jari-jari ni.
aku share pakai print screen je la eh.


sumber


sumber

 tak relate dengan case aku..
tapi aku share gak la..


sumber


Wednesday, October 5

#9 wordless wednesday


thanks to incikSusah.
sabar menunggu aku..
melilau.
berpeluh.
berputar itik.
mencari buku ni.
;*

*hughug*