Tuesday, November 29

that man that woman

first time aku dengar lagu ni..
..dalam Music Bank.
11.11.11 kot kalau tak silap.

walaupun sepatah haram aku tak paham..
apa kebenda lirik yang disebut laki dan pompuan tu.

dorang nyanyi bersungguh-sungguh
sepenuh jiwa macam nak nangis.
dorang menggambarkan peritnya perasaan dorang time tu.
sambil menyentap perasaan aku nih!

first time air mata bergenang.
walaupun aku tak paham bahasa korea.
dorang memang penyanyi yang best!
pelakon yang awesome jugak!

semangat aku mengoogle video lagu ni kat youtube.
dan aku jumpa yang ni.
pastu aku share kat wall aku..
dengan harapan lain kali bleh tengok lagi.

dan hari ni..
dah berpuluh kali aku replay lagu yang sama kat youtube..
tapi tiap kali sampai satu part,
mata aku bergenang lagi.

aku tak puas hati!
pekebenda la mamat dan minah ni dok sebut.
aku try tanya member yang pernah blaja bahasa korea.
disebabkan dibusy ngan aktiviti kekoreaan beliau..
aku bukan jenis penyabar, 
aku google lagi cari lirik..
dan aku dipertemujodohkan dengan lirik ni.

aku sentap!
kenapa lirik lagu ni macam ni??
terjelepok kat batang idong.

hati aku tetap takpuas.
aku teruskan google lagi.
aku terjumpa video siap ngan subtitle.









bila aku dah siap merajinkan diri memprintscreen video ni..
baru la member aku tadi reply.
lalu dia explain dan bagi link ni..
gila!!!
kali ni lebih dramatik!
aku benci suka gilagila lagu ni..
T..T

포맨 & 미(美) – 그 남자 그 여자
honja.
na honja.
honjaigi sirh-eunde.

Saturday, November 26

Azam Awal Muharram

selamat menyambut Awal Muharram

aku nak listkan target yang aku dah capai
dan masih tergendala..
disebabkan faktor luaran maupom dalaman.

kamera pink

surprise birthday party

ber-camping bercuti ber-junggle trekking bersama famili
cycling bersama incikSusah
aquaria klcc
external harddisk
langkawi cable car
buat kek sampai menjadik
pemaaf
kurangkan panas baran
monthly income yang masyuk!
happykan famili aku
kereta idaman
belajar masak
polaroid camera
kawin

dua tiga kerat je yang capai target
=="

lesen moto/keta
bidang kerja yang aku minat
start savings

Sunday, November 20

cekik darah

dah dua hari tak telan nasik.
pagi tadi pom breakfast ktiau goreng.

so,
lunch hari ni dengan semangat berkobar-kobar
berpayung meredah hujan mencari nasik sebutir dua.

alhamdulillah..
rezeki.
dapat jugak la makan nasik..
tengahhari ni.

tak berpikir panjang..
aku main ambik je lauk yang dah tergolek kat depan mata.

nasik separuh,
sambal ikan bilis tempe bersama petai,
kuah kari campur-campur,
& sotong bakar.
*nampak cun je sotong tu tergolek-golek*
tergoda nafsuku~

bila bungkusan nasik tu bertukar tangan.
tauke tu bagitau harga,
aku terlompong jap.
huh?
ke aku salah dengar..
banyak kali gak aku tanya
sebab
nak konfemkan betol-betol harga

SEMBILAN HENGGET!!!

tak pernah-pernah nasik berlauk untuk lunch
cecah harga cam gitu sekali..
OoooooMmmmakAih!

*gambar aku tak snap*

takkan la sebab musim hujan,
harga sekor sotong bakar bleh
mahal nak mampsss
cam gitu.
huhu.

Saturday, November 19

20112011

Selamat Pengantin Baru
buat Zahiril Adzim
dan
pelengkap rusuk kiri beliau, Shera Aiyob.

semoga dipermudah segala urusan.

via

via

Friday, November 18

wish you were here

I can be tough
I can be strong
But with you,it's not like that at all
There's a girl that gives a shit
Behind this wall, you just walk through it

And I remember all those crazy things you said
You left them running though my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Damn, damn, damn
What I'd do to have you here, here, here
I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you near, near, near
I wish you were here

I love the way you are
It's who I am, don't have to try hard
We always say, say it like it is
And the truth is that I really miss

All those crazy things you said
You left them running though my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Damn, damn, damn
What I'd do to have you here, here, here
I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you near, near, near
I wish you were here

No, I don't wanna let go, I just wanna let you know
That I never wanna let go, let go, oh, oh
No, I don't wanna let go, I just wanna let you know
That I never wanna let go, let go, let go, let go
Let go, let go, let go, let go, let go, let go
Let go, let go, let go

Damn, damn, damn
What I'd do to have you here, here, here
I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you near, near, near
I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you here, here, here
I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you near, near, near
I wish you were here

Avril Lavigne~Wish you were here!

Thursday, November 17

i'm the lucky one

aku bertuah..

bila
bos panggil mengadap.
urgent katanya..
..semata-mata jadi runner amik handout dari printer.
..ajar cara-cara mendownload lagu.
..yang lebih parah!
cara meng-edit laporan yang mana..
hanya menggunakan basic MicrosoftWord.

bila
kawan lama yang selama kenal gitu-gitu je..
pernah say Hi empat,lima puloh kali je dulu..
tapi takde la click,kamcing mana pom.
tiba-tiba muncul.
muncul melalui text fon.
mau pinjam duit seratus tak banyak mana pom.
seratus agak banyak..
..bila mana aku pom melalui saat-saat poket mengering.

bila
pakwe lama yang muncul tika ada masalah.
..ghaib bila hati berbunga gumbira.
..muncul mau hanya sekadar,
tanyakan pendapat tentang wanita.
parah.

bila
perhati orang sekeliling..
..gelak gembira satu famili.
peluk-peluk salam-salam anak dan ayah.
saat anak mengadu pada ayah tentang sekolah.
saat anak tunjuk keputusan exam cemerlang pada ayah.
saat anak naik pentas pegang ijazah.
saat ayah tersenyum bangga kejayaan anak.
saat anak perkenal bakal teman sehidup semati.
..saat ayah berkata dalam hati..
dah besar panjang anak dara ku sorang ni.

bila
..aku tertanya-tanya..
mana abah?
pernah tak terlintas di fikiran abah..
perihal anak dara yang sorang ni? 
*senyum kelat*
takpe abah.
aku masih ada Umie.

aku bertuah
dicari tika mereka susah.

tika aku susah..
ada sesiapa kisah?

incikSusah pom langsung tak kisah.

nukilan ini dikarang:
tika saat bila mana
moodswingswing gila babi.
salahkan hormon.
atau mood.

Monday, November 14

Memo

I dont mind if you wanna stay
With that smile upon your face
Hang around for a little while
Please dont drive away even for a mile

Different continents
Its not a thing
Coz i know we'll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

Coz I'll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I'll be back in your arms
Together we'll always be
For what may come
For what may come

I dont mind if you are far away
I'll be waiting for you anyway
Under the sky of sunshine or rain
I know i'm gonna be in your arms again

Different continents
It's not a thing
Coz i know we'll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

Coz I’ll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I’ll be back in your arms
Together we'll always be
For what may come

Together we'll always be
For what may come
Together we'll always be
For what may come
For what may come

***************

Dear incikSusah,

ekceli..
i DO mind if you are far away.
and i'll be waiting for you anyway.

Yours sincerely
.cikMayat.
Dear cikMayat,

Try to hold on.
I'll be back in your arms.
Yours sincerely,
.incikSusah.

Sunday, November 13

flashback AidilAdha 2011

selamat hari raya aidiladha.
dah seminggu berlalu baru hegeh-hegeh nak wish.

*entri flash balik memori*
mau check tahap kenyanyukan

well!
hari ni first day masuk ofis..
lepas cuti sakan sempena raya haji.

raya kali ni tak tumbangkan lembu/kambing.
nenek pom takde kat kampong.
raya biasa-biasa je.
tapi alhamdulillah attendance adikbradik tahun ni penuh.
semua ada.
gamba kenang-kenangan je takde.

aku balik ke Sarang hari jumaat.
nasib tak baik..
terlambat beli tiket bas,
dapat seat paling belakang.
natijahnya..
terpaksa membuairasa..
melambong-lambong sepanjang lebih kurang 4 jam perjalanan.

sampai je kb terus buat-buat ayat..
ajak Ba,famili pergi makan-makan.
boleh tahan telan la lauk-lauk kat situ.
nama restoran tu aku lupa :p

esoknya sabtu..
kemas,sapu,lap,vacum ruang-ruang umah yang patut.
ahad kan dah nak raya.

pagi raya..
Umie hidang nasik dagang kari ayam kari ikan tongkol.
pendek kata takde sape la bleh challenge air tangan Umie.
terbaik!

sempat ziarah umah jiran a.k.a sanak sedara.
juadah laksa sarawak&nasi himpit kuah kacang.

Along sampai Sarang tengahhari waktu tempatan.
heheh.
adik-adik tersayang dah beratur tak sabar menjeling-jeling beg besar Along.
intai-intai souvenir dari Korea.
dapat tshirt sehelai sorang.
jadi lah.
eh Umie macam biasa dapat special.
extra fridge magnet.
owh jeles!
comel je sepasang patung tu pakai hanbook.
ala lupa nak snap gamba.

hari raya kedua yakni hari senin.
pagi dah ber-breakfast-kan nasik daging goreng kunyit.
pastu join Umie,Ba,adik-adik beraya.
ber-lunch-kan nasik sup tulang sambal belacan ikan kering.
pastu kalut-kalut terkejar-kejar anta Along ke airport.
seram tak seram naik keta ngan mamat ni.
kejar flight punya pasal.
alhamdulillah sempat.
balik dari airport,ada satu umah lagi yang nak diserang.
ber-hi-tea-kan..
nasik sup tulang pulut kuning rendang daging agar-agar pandan.
nama je hi-tea..tea nya takde pom ;p

hari raya ketiga yakni selasa.
takde juadah menarik.
yang wajib ada daging.
tapi aktiviti hari ni agak menarik..
heheh
masa untuk ber-dating-datingan.
kejap pom jadi la.
aktiviti meredah jam bersama..lomantik lo!
'lomantik' la sangat!
buat hal masing-masing.

rabu melilau-lilau mencari doktor gigi.
ku sangka kan bleh setel servis repair maintain gigi..
dalam masa satu hari je.
ropa-ropanya checkup je.
appointment di lain hari.
waduh!

khamis jumaat sabtu.
aktiviti apa eh?
aku dah lupa :p
yang pasti aktiviti wajib
menternak lemak dalam badan.

eh sabtu dah bermalas-malasan balik ke ganu.
tugas packing barang ku serahkan kat Alang.
malas liat weh!
rasa kejap je terperap kat umah.
seminggu kejap je..huhu.
elok-elok je 2,3 hari panas terik..
hari tu hujan lebat.
cam paham je perasaan malas aku.
eh ada kaitan ke?
heheh.

kesan/akibat/natijah bercuti rehat lelama!
first day kembali ke pejabat,
liat bangun pagi.
kalut! lupa rutin harian kat umah sewa macammana :p
bila dah kalut,tertinggal hfon..nasib baik purse sempat disambar.
kat ofis terkial-kial nak menaip..sebab dah lama tinggal keyboard.
hahaha alasan!
eh tapi serius btol..ejaan tak ke laut ke mana.
buat malu je!
pastu bila teammate bagi arahan beria-ria cakap paham.
bila disuruh buat..terlompong lupa!
mak aih otak melayang-layang kat Sarang lagi.

bos dah buat bunyi taknak approve aku cuti lama.
eh eh eh.
mana bleh cam gitu.
disember ni aku ada projek baik punyer!

malam tadi.
mimpi takbest!
aku taksuka.
kan best klu dalam mimpi tu..
aku nampak aku..
yang tersengih-sengih.
bergurausenda.
tersipu-sipu.

Tuesday, November 1

serasi ke bersama?

Pagi tadi dapat email dari incikSusah.
berbunga la jugak ati ni :D


eh pelik pom ada.
ya la.
tajuk email tu yang buat aku pelik.


Adakah anda bersama pasangan serasi???


tak pernah-pernah dia anta email ayat-ayat jenis cam gitu..
mimpi ke? :p


Antara isi kandungan email tersebut:

Jika anda inginkan perkahwinan yang bahagia, carilah pasangan yang berbeza posisi dengan anda. Semakin jauh, semakin baik.Pasangan yg urutan lahirnya bermula dari belakang, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.

Tengah + Tengah = Kacau Bilau
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tidak diterima.


Saranan untuk pasangan ini:
  • Jika sukar untuk bercakap, cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Seperti surat, kad atau pun sms.
  • Bina kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya.
  • Luaskan pergaulan. Bergaullah dgn rakan-rakan, baik di pejabat atau pun tetangga. Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara yang negatif.
  • Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.

Tengah + Bongsu = Aman
Seorang pasif Dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

Saranan untuk pasangan ini:
  • Jangan sesekali meperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yang dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan.
  • Sesekali cubalah idea-idea baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
  • Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
  • Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal. Jangan menangis atau ketawa sendirian.
**Namun catatan ini tidak lebih daripada suatu kebiasaan yang sering dilihat. Jadi, bagaimana pun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yang terbaik. Juga jangan lupa bersyukur walau di mana posisi anda dalam keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda. Dengan kata lain, apa yang dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk, bukannya anak panah.

Aku konfius..
Kami Tengah+Tengah ke Tengah+Bongsu.
incikSusah konfem Tengah.
aku ni..Tengah ke Bongsu?
harap-harap la aku Bongsu..hihihi