Sunday, November 13

flashback AidilAdha 2011

selamat hari raya aidiladha.
dah seminggu berlalu baru hegeh-hegeh nak wish.

*entri flash balik memori*
mau check tahap kenyanyukan

well!
hari ni first day masuk ofis..
lepas cuti sakan sempena raya haji.

raya kali ni tak tumbangkan lembu/kambing.
nenek pom takde kat kampong.
raya biasa-biasa je.
tapi alhamdulillah attendance adikbradik tahun ni penuh.
semua ada.
gamba kenang-kenangan je takde.

aku balik ke Sarang hari jumaat.
nasib tak baik..
terlambat beli tiket bas,
dapat seat paling belakang.
natijahnya..
terpaksa membuairasa..
melambong-lambong sepanjang lebih kurang 4 jam perjalanan.

sampai je kb terus buat-buat ayat..
ajak Ba,famili pergi makan-makan.
boleh tahan telan la lauk-lauk kat situ.
nama restoran tu aku lupa :p

esoknya sabtu..
kemas,sapu,lap,vacum ruang-ruang umah yang patut.
ahad kan dah nak raya.

pagi raya..
Umie hidang nasik dagang kari ayam kari ikan tongkol.
pendek kata takde sape la bleh challenge air tangan Umie.
terbaik!

sempat ziarah umah jiran a.k.a sanak sedara.
juadah laksa sarawak&nasi himpit kuah kacang.

Along sampai Sarang tengahhari waktu tempatan.
heheh.
adik-adik tersayang dah beratur tak sabar menjeling-jeling beg besar Along.
intai-intai souvenir dari Korea.
dapat tshirt sehelai sorang.
jadi lah.
eh Umie macam biasa dapat special.
extra fridge magnet.
owh jeles!
comel je sepasang patung tu pakai hanbook.
ala lupa nak snap gamba.

hari raya kedua yakni hari senin.
pagi dah ber-breakfast-kan nasik daging goreng kunyit.
pastu join Umie,Ba,adik-adik beraya.
ber-lunch-kan nasik sup tulang sambal belacan ikan kering.
pastu kalut-kalut terkejar-kejar anta Along ke airport.
seram tak seram naik keta ngan mamat ni.
kejar flight punya pasal.
alhamdulillah sempat.
balik dari airport,ada satu umah lagi yang nak diserang.
ber-hi-tea-kan..
nasik sup tulang pulut kuning rendang daging agar-agar pandan.
nama je hi-tea..tea nya takde pom ;p

hari raya ketiga yakni selasa.
takde juadah menarik.
yang wajib ada daging.
tapi aktiviti hari ni agak menarik..
heheh
masa untuk ber-dating-datingan.
kejap pom jadi la.
aktiviti meredah jam bersama..lomantik lo!
'lomantik' la sangat!
buat hal masing-masing.

rabu melilau-lilau mencari doktor gigi.
ku sangka kan bleh setel servis repair maintain gigi..
dalam masa satu hari je.
ropa-ropanya checkup je.
appointment di lain hari.
waduh!

khamis jumaat sabtu.
aktiviti apa eh?
aku dah lupa :p
yang pasti aktiviti wajib
menternak lemak dalam badan.

eh sabtu dah bermalas-malasan balik ke ganu.
tugas packing barang ku serahkan kat Alang.
malas liat weh!
rasa kejap je terperap kat umah.
seminggu kejap je..huhu.
elok-elok je 2,3 hari panas terik..
hari tu hujan lebat.
cam paham je perasaan malas aku.
eh ada kaitan ke?
heheh.

kesan/akibat/natijah bercuti rehat lelama!
first day kembali ke pejabat,
liat bangun pagi.
kalut! lupa rutin harian kat umah sewa macammana :p
bila dah kalut,tertinggal hfon..nasib baik purse sempat disambar.
kat ofis terkial-kial nak menaip..sebab dah lama tinggal keyboard.
hahaha alasan!
eh tapi serius btol..ejaan tak ke laut ke mana.
buat malu je!
pastu bila teammate bagi arahan beria-ria cakap paham.
bila disuruh buat..terlompong lupa!
mak aih otak melayang-layang kat Sarang lagi.

bos dah buat bunyi taknak approve aku cuti lama.
eh eh eh.
mana bleh cam gitu.
disember ni aku ada projek baik punyer!

malam tadi.
mimpi takbest!
aku taksuka.
kan best klu dalam mimpi tu..
aku nampak aku..
yang tersengih-sengih.
bergurausenda.
tersipu-sipu.

No comments: