Tuesday, November 1

serasi ke bersama?

Pagi tadi dapat email dari incikSusah.
berbunga la jugak ati ni :D


eh pelik pom ada.
ya la.
tajuk email tu yang buat aku pelik.


Adakah anda bersama pasangan serasi???


tak pernah-pernah dia anta email ayat-ayat jenis cam gitu..
mimpi ke? :p


Antara isi kandungan email tersebut:

Jika anda inginkan perkahwinan yang bahagia, carilah pasangan yang berbeza posisi dengan anda. Semakin jauh, semakin baik.Pasangan yg urutan lahirnya bermula dari belakang, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.

Tengah + Tengah = Kacau Bilau
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tidak diterima.


Saranan untuk pasangan ini:
  • Jika sukar untuk bercakap, cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Seperti surat, kad atau pun sms.
  • Bina kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya.
  • Luaskan pergaulan. Bergaullah dgn rakan-rakan, baik di pejabat atau pun tetangga. Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara yang negatif.
  • Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.

Tengah + Bongsu = Aman
Seorang pasif Dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

Saranan untuk pasangan ini:
  • Jangan sesekali meperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yang dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan.
  • Sesekali cubalah idea-idea baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
  • Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
  • Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal. Jangan menangis atau ketawa sendirian.
**Namun catatan ini tidak lebih daripada suatu kebiasaan yang sering dilihat. Jadi, bagaimana pun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yang terbaik. Juga jangan lupa bersyukur walau di mana posisi anda dalam keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda. Dengan kata lain, apa yang dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk, bukannya anak panah.

Aku konfius..
Kami Tengah+Tengah ke Tengah+Bongsu.
incikSusah konfem Tengah.
aku ni..Tengah ke Bongsu?
harap-harap la aku Bongsu..hihihi

No comments: