Thursday, December 15

hello hi december

december dah hari ke-15..
baru terhegeh-hegeh nak say hello to december.

ehem!
i *heart* december okeih.
especially dec 15th.
hikhikhik
it's my birthday!
yeay!
owh happy birthday to me myself.
gila kemaruk wish diri sendiri.

kesian owh.
in advance 2011's celebration ;)

 eh satu lagi sebab-sebab
aku suka gila ngan december,
ofkos la sebab year end sales.
heheh.
nak nak rezeki dapat bonus tahun ni.
lagi la aku suka.
eh lupa plak..hari tu dah berazam nak menabung.
shopping skit skit je laaaa..
;D

ha satu lagi!
ujung-ujung tahun ni best gak
mengprabiskan sisa saki baki cuti yang dah tingal 2,3,4,5 hari lagi.
prabis bersama yang famili tersayammm!

hmmm..
nak lepak-lepak kat mana eh?
akan ku off-kan fon.
dengan ini..
takde sesape yang ganggu..
cuti cuti malaysia ku yang aman lagi permai.
budget bagus ada orang nak kacau.hek! :p

satu je la aku tak suka..
sebelom bersuka ria di cuti cuti malaysia..
terpaksa la setel kan keje yang patut.
tekanan owh.
stress weh.
sampai kena hypotension aku 2,3 hari ni.
eh ada kaitan ke hypotension ngan keje banyak?
huhu..
?__?


dapat tengok payslip di alam maya..
dah cukup membahagiakan dah.
oh isnin cepatlah lari laju-laju ke arah ku!

Monday, December 12

Duit duit di mana kau duit~


Hari ni sempat meng-google..
cara-cara yang paling praktikal (ngan diri aku)
cara nak simpan duit-sikit-sikit-lama-lama-jadi-bukit.

Bila dah keja,dah dapat pegang duit gaji sendiri..
baru la hegeh-hegeh tau yang susahnya woi nak dapat singgit.

tiap ujung bulan mula la nak berazam..
"bila gaji nextmonth aku serius nak menabung"
tapi..
bila sampai time hari gaji..
azam ntah ke mana,duit-duit dah melayang ke mana.
hahahaha.
gila!
tapi tu la hakikat.

aku ada terjumpa post menarik ni..
point dia bagus gak..
dan aku rasa boleh di-adapt dalam hidup aku.
aku listkan point yang tarik perhatian aku..

Keluarkan Dulu Duit Dari Dalam Bank Simpanan Untuk Gaji
-asingkan duit belanja&simpanan.

Buka satu lagi akaun bank tanpa kad atm
-good idea & akan dicuba lain kali.
tapi part ni cam leceh skit..
bab-bab nak bukak akaun bank jadi masalah besar kat aku..
sebab thumbprint aku susah nak dibaca.

Simpan duit anda dalam Sijil Simpanan Premium
-em menarik.
nak2 kalau murah rezeki dapat luckydraw kereta sebijik.
mana la tau kan :p

Menyimpan dengan cara Pinjaman
-contohnya pinjaman ASB.

Kalau ada lebih top up je ASB
-okeih nextmonth ada duit lebih.
insyaAllah akan.

Kumpul duit syiling
-cara ni aku dah buat dulu.
tapi stop bila tabung teddybank dah penuh&tukar syiling tu kat kedai :p
em kat bawah ni ada gak point yang aku refer.

tapi tak semua yang bleh dipraktik,
tak semua suit ngan case aku :p


sumber gambar

okeih esok la mula menabung.
eh nak tabungkan duit mana satu?
poket dah kering..
hadoi! 

Sunday, December 4

dia diuji

aku tak tau nak start citer nak cam mana.

okeih.
malam tadi aku tak bleh nak tido.
pusing kiri kanan.
golek sana sini.
tapi tak bleh tido jugak.
aku dok terbayang kat kawan aku.
kawan segila sekepala.

kami mula rapat bila..
sama-sama pecah kepala..
pikir project website untuk subjek AIS masa diploma dulu.

masa group lain dok sakit kepala..
dok pikir cam mana nak setelkan assignment,test,quiz bertimbun.
kami slumber tumpang laptop member lagi sorang..
bukan nak setelkan keje,
tapi tonton citer PrincessHour.

keje-keje ntah ke mana.
plan nak ke library ntah ke mana.
dari breakfast sampai ke supper..
kat depan laptop tu la jugak.
nasib baik tak meletop member punya laptop.
;)

sejak dari project tu kami mula rapat.
bila ingat balik kenangan dulu..
bleh buat ketawa..gila!

tapi sekarang
dia tengah sakit.

malam tadi aku dok terbayang,terpikir..
..cam mana la keadaan dia sekarang.

aku nak sangat jumpa ngan dia.

ujung-ujung bulan lepas,
aku ada terbaca status dia..
dia mintak maaf kat smua kawan.
dia kata nak dioperate.
tapi bila aku text tanya kaba,
dia cakap dia okeih sihat.
masa tu aku tak terpikir apa-apa.
aku pikir +ve je.
maybe privasi dia nak rahsiakan apa sakit dia.
aku paham.
aku pom taknak paksa.

30 nov hari tu..
tiba-tiba cam terpikir pasal dia.
aku text tanya..
bleh tak kalau-kalau aku nak call malam nanti.
alhamdulillah dia reply.

tapi..
aku blur bila baca ayat dia yang ni
"aku dah takleh cakap,takleh makan,takleh minum"

aku terpikir-pikir gak hari tu cakap sihat..
tapi..
bila aku tanya lagi detail,
dia bgtau yang minggu lepas..
dia baru kena major operate.
sekarang still kat hospital,
sambung buat radioterapi.

Ya Allah,
Engkau kuatkan lah semangat kawanku Ya Allah.
Engkau tabahkan lah hati kawanku menghadapi ujianMu.
Engkau permudahkanlah urusan sahabatku.
Engkau ringankanlah beban yang kawanku alami Ya Allah.

aku tau dia seorang yang baik,sangat baik..
dia seorang yang kuat..
insyaAllah ada hikmah di sebalik ujian yang Allah turunkan.

insyaAllah ada rezeki aku lawat hang.
hang tunggu aku na~

info

info

info

hang tak tau,
aku still simpan video hang..
hang dok sakan menari praktis untuk dinner.
time tu hang gelak besar bila tengok rupa hang menari.
hang sabar na.
aku tau hang kuat.
hang tak manja cam aku.

Friday, December 2

Puisi Cinta yang datang dari hati


fb: ShutterClick Photography

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
 
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.