Sunday, March 27

Allah jodohkan aku dengan mereka

ujung minggu hari tu..
tak balik kampong.
tak balik dengan harapan nak study..konon.
petang jumaat baru hegeh-hegeh bukak mukasurat-satu-roman-isiKandungan.
 
baca dua-tiga-ayat..
baca je dua-tiga-empat-lima-minit..
mula la teringat nak text orang tu..
text orang ni.
masa tu jugak la teringat kat kawan-kawan-sekepala.
kawan sekepala yang ku panggil si Mek dan si Jang.
 
owh
baru teringat yang si Mek dan si Jang nak pergi jobfair.
mari lah bertanya kaba.
marilah menutup nota serta buku dengan serta merta
=="
 
akibat sibuk-badan a.k.a busyBody serta baik ati sangat nak bertanya kaba..
tak pasal-pasal bertukar jadi orang tengah mereka.
orang tengah mereka bertukar maklumat pasal jobfair..
takpe..kawan baik punya pasal.

kalau orang tengah nak kenen-kenen-kan mereka..okay jugak ^_^v

terima kasih Allah pertemukan aku dengan mereka.
Engkau permudahkan segala urusan mereka.

No comments: