Monday, September 12

lupa diri!

malam tadi baru je nak lelap..
tiba-tiba perut memulas-mulas.
hari ni pulak..
dah dua kali memerut.
dipikir-pikir aku ada tersalah makan,minum ke?
 
 bila flashback balik..
weekend hari tu tak balik kampong.
so,
makan pom main sumbat je apa yang ada kat depan mata.
 
jumaat..
keluar cari makan..semua kedai makan tutup.
maybe tauke-tauke dalam mood beraya lagi.
jadi konklusinya..
makan maggi bersama milo panas.
bukan malas nak masak..
umah sewa aku takde dapur.
bukan takreti masak..
umah sewa aku memang takde dapur.
;p

pagi sabtu..
aku alas perut breakfast roti cicah milo panas je.
tengah hari tu pergi beraya,masak rendang kat umah akak officemate.
dia jamu kami ngan mee goreng,kuwetiyau goreng.

so,
dua hari la aku tak telan nasik.
kalau satu hari tak jumpa nasik..
kepala start la pening-pening.
yang peliknya hari tu kepala aku ok je.

owh semalam kat ofis ada jamuan hari raya.
kalau ada jamuan hari raya..
paham-paham je la eh..
macam mana banyak jenis makanan terbentang terhidang kat depan mata.

tak makan..rugi.
dah makan..lupa diri.
first yang aku sambar of course la yang berasaskan nasik!
nasik minyak..tak banyak.
satu senduk je.
pastu aku amik satay ayam dalam empat cucuk.
satay ikan sikit je..
eh sikit ke?
 pastu sambung puding cocktail.
rehat kejap.
sembang-sembang.
bercerita-cerita.
gosip-gosip.
gelak-gelak.
gurau-gurau.
sambil makan jeruk,rojak buah.
 
dalam dua jam pastu aku sambung lagi.
kali ni aku start ngan mee kari.
yang ni aku amik sikit je.
sebab takut kuah nya tak kena ngan selera aku.
sekali rasa menyesal giler sambar skit!
serius sedap!
nak tambah malu la plak.
sebab time tu ramai la plak tetamu sampai.

rehat kejap.
sambung makan ketupat cicah rendang&serunding.

pastu dok bergelak huhahuha berderet jadi penyambut tetamu.
dah rasa tegang semacam je otot-otot pipi ni.
agak-agak budget 'letih' minum air mango bergelas-gelas.
hoho kembong weh kembong!

staff lain dah start kalut tapau makanan yang giler banyak..
aku g cedok makan mee goreng campur bihun goreng.
tu yang last aku sempat sambar.
ada gak yang dalam list tak sempat 'try'..
hahahahahaha.
antaranya laksa,laksam,soto.
emmm ape lagi eh?
heheh.

aku sempat tapau soto.
roomate aku plak tapau nasik minyak,jeruk,keropok.
malamnya kami hadap makanan tu lagi sekali.
yang kecewanya tak merasa nak makan soto..
sebab dah basi.
huhuhu.

kesan dari kejadian weekend & semalam.
hari ni perut aku meragam.
dari weekend yang makan entah apa-apa..
ke semalam yang makan berjenis-jenis.

mau tak terkejut la perut nih!

nah amikkaw!

moral of the story:
berpada-pada la!
jangan lupa diri bila dah nampak lautan makanan.
ingatla pada yang lebih memerlukan.

adoi sakitnya perut.
keje bos banyak lagi yang nak kena setel!
sobSob..

No comments: