Saturday, February 12

malang

pagi tadi..
..ada orang datang tengok bilik kosong..
..kat umah sewa baru aku.
tak malang!
bosan tak tau nak buat apa..
aku saje gatal tangan check claim dah masuk ke belom.
alhamdulillah dah masuk.
tapi jumlah yang dapat, lebih dari yang aku jangka.
tak malang!

petang tadi..
tuan umah datang mengejut.
maybe nak buat spotcheck..
..aku takde buat salah..
..so takde la gabra.
yang tak bestnya..
..dia datang bukan setakat nak spotcheck.
tapi..
bawa berita yang serabutkan kepala otak aku!
ada ke patut..
aku baru je masuk rumah ni awal bulan hari tu..
..last-last dia datang bagitau yang aku kena cari umah lain..
..by Mac.
dengan alasan anak dia nak masuk dok kat umah ni.
akak kata akak ada banyyyyyyyak umah sewa.
apasal tak bagi je anak akak dok umah lain.
akak tak pikir ke susah payah aku dok angkut barang??
petang semalam kot Umi tolong settle-kan kemas barang dalam umah ni..
..dengan harapan ni la last rumah sewa aku.
dah tak nak pindah dah.

tapi..
cam gini pulak jadi nya.
aku tau..sape la aku kan?
penyewa je kot!!!
nak tak nak..
..cari umah sewa LAGI!
..angkut barang-barang LAGI!

takpe la kak tuan umah oi.
hari ni hari aku..
mana la tau kan esok lusa hari akak pulak.

pasrah.
dan MALANG!
betol la kawan aku cakap:
kita tak boleh terlalu gembira,
nanti bertemu duka.

to tuan rumah:patut la akak susah sangat,
liat nak buat agreement ya.

2 comments:

eily farhana said...

to akak tuan rumah.. nak kena sekeh ke..??!! dem.. mud: marah bagi pihak kawan..

cikmayat menekan keyboard said...

tq kawan..huhu.
tlg sekeh laju2 ya!