Saturday, April 2

DuaBelas Mei tahun DuaPuluh Sepuluh ~ part II


ni sambungan entry yang ni
kalau berminat nak baca part II..
sila baca part I dulu..
baru le paham citer yang sebenar.
kalau lah nak baca..tak nak baca pom aku tak paksa..
..hihi..


okeih..
sambung citer.


lima minit aku sampai kat bilik menunggu.
sembang-sembang dengan candidate nombo 5..
aku dipanggil masuk ke bilik interview.


aku terperasaan yang 2 pasang mata interviewer tu pandang kat kaki aku.
hadoi mati aku!
first impression mereka kat aku mungkin dah tak elok.
candidate pakai kasut-tak-tertutup..ok tolak 5 markah
mungkin tu la yang mereka fikir..


mula-mula aku rasa tersangat lah tak selesa..
tercari-cari posisi duduk yang paling sesuai nak sorok kasut yang tak proper itu.
last-last aku try posisi duduk terkepit ala-ala pramugari pakai skirt singkat tu..
hahahaha..
tak tau macam mana nak gambarkan..
tapi lebih kurang macam tu lah..


hari tu interviewer sorang lelaki dan sorang pompuan.
yang lelaki tu mungkin wakil dari SPA..
dan yang pompuan tu mungkin wakil dari jabatan itu..
aku agak je..
berdasarkan dari soalan-soalan yang keluar dari mulut mereka..


mula-mula sekali yang lelaki tu (encik interviewer)..
..sebut nama dan aku disuruh sebut nombo ic.
mungkin tu prosedur.


pastu encik interviewer tu start sesi bersoaljawab..
dari soalan macam mana boleh sampai kat tempat interview..
sampai la ke soalan famili,pengalaman belajar,pengalaman bekerja..
time ni aku dah mula cool dan dah kurang kadar kegelabahan.
mungkin sebab cara encik interviewer menyoal lebih santai..
macam dok bersembang dengan ofismate je.


siap boleh gelak-gelak..
bila terasa jawapan yang aku bagi tu kedengaran tak logik.


kami boleh ber-argue..
bila aku rasa pendapat encik interviewer tu tak kena gaya.
encik interviewer bagi pendapat yang dia kata student UiTM lebih didedahkan dengan English dan susah nak suaikan diri bila dah masuk alam pekerjaan terutamanya government.
katanya lagi..student UiTM lebih sesuai dan ramai yang kerja swasta
aku bantah lah!
dan aku suruh encik interviewer tu bagi contoh dan bukti.
kalau takde contoh dan bukti mana boleh suka-suka-suki keluarkan statement cam gitu.
bagi aku tu dah under estimate student UiTM..
berasap jugak dalam hati.


encik interviewer jawab:
ok saya nak test awak!


mak aihhhh! gila!
maksudnya jawapan yang bakal aku bagi..
akan tentukan betol atau tak statement encik interviewer.
akan baiki atau buruk-kan-lagi persepsi encik interviewer terhadap student UiTM.


ok awak ada pengalaman kerja di audit firm kan??


ya!
sambil angguk.


pernah terlibat dengan kerja-kerja audit akaun pbt kan??


ya!
angguk-angguk lagi.


jadi pernah dengar shortform T.I lah kannn???


erk!!! apa benda tu encik??
dengan slumber aku tanya.
ye la kalau tak tau kena tanya!
nanti sesat jalan..hahahaha.


kalau I.T stands for??


kalau I.T..setahu saya tu information technology..


haaaaa..dah tu T.I terbalikkan lah Technology Information!!
kata encik interviewer sambil tersengih-sengih..


owh buat lawak ya encik..
*dalam hati*
tipu lah! mana boleh suka-suka tukar terbalik cam gitu je encik..


encik interviewer mula tergelak-gelak..
puan interviewer yang dari tadi mulut dok diam,tangan gerak-gerak dok tanda tick & cross.. 
dah mula senyum-senyum.


ok baik lah..T.I tu stands for Treasury Instructions.
pernah dengar tak?


erk! tak pernah..heeeeeee.


tipu lah tak pernah dengar.
haaaa cuba translate Treasury Instructions.


hah??
setahu saya instructions tu maksudnya arahan..
treasury tu pulak perbendaharaan kan??


hmmm ok!
kalau digabungkan jadi la arahan perbendaharaan kan?
so T.I tu arahan perbendaharaan la.


erk tapi encik!
macam pelik je nama nya..


ok kalau pelik..
apa nama yang paling sesuai dan tak pelik? 


nama yang sesuai saya tak pasti tapi kedengaran pelik je nama tu..
bila pikir balik..nampak macam loyer buruk je.
tapi saat tu memang tu yang berlegar kat kepala aku!
erk!
pastu agak-agak dah letih berbahas..
encik interviewer pass tugas kat puan interviewer pulak.
sekali aku terdengar puan interviewer cakap:
ok tima kasih dato'..
makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk aihhhhhhhhhhhh!
dato' ke?
hadoi???
aku berbahas dengan dato' ke?
mati la aku kali ni.
dah berapa percent markah aku kena potong.
takde harapan la nak dapat job ni.
tengah-tengah dok berangan gelabah sebab TERbahas dengan dato' interviewer..
puan interviewer sambung menyoal..
soalan lebih pada pengetahuan am.
soalan pertama puan interviewer..aku dah failed!


pernah tengok laman web audit?


tak pernah..
jawab aku sambil geleng kepala.


*cross kertas markah*


boleh namakan ketua audit negara?


maafkan saya puan..saya tak pasti.
jawab aku lagi sambil jelir lidah untuk diri sendiri.
=="


*cross kertas markah*


boleh bezakan audit dalam dan audit swasta??
soalan ni aku boleh jawab!
jawab dengan jawapan yang panjang berjela-jela.
audit dalam bla bla bla bla..
audit luar pulak bla bla bla bla..
bla bla bla bla..
bla bla bla bla..bla bla bla bla..


ok jawapan diterima tapi term *independent* yang saya cari..

haaaaaa..
term tu la yang saya cuba terangkan dari tadi..
=="

puan interviewer teruskan soalan-soalan yang berikutnya..
alhamdulillah.
soalan yang seterusnya aku boleh jawab tanpa membodohkan diri sendiri..
bersyukur sebab dapat soalan yang relate dengan kerja aku time itu.

okeih saya dah takde apa-apa soalan.
dato' ada nak soalan lagi tak?

dato interviewer geleng.
fuuuuuuuuuuuuuh alhamdulillah hihi..

cik ada kemusyikalan tak?

*angguk-angguk*
puan,saya nak tanya kalau la Treasury Instructions yang tadi tuuuuu
bercanggah dengan Akta Syarikat..
yang mana satu lebih tinggi?
yang mana satu kita perlu ikut?
aku takde la bijak
nak keluarkan soalan tentang percanggahan akta-akta atau tentang perundangan.
tapi aku pernah terdengar isu ni kat ofis lama..
jadi,aku nak tau la pendapat yang lebih arif tentang bab-bab ni kan..

ok.
sepatutnya takde percanggahan..
bla bla bla bla bla bla..
ok jelas?

*angguk-angguk*


 sebelom keluar bilik interview tu dato' bukak mulut lagi sekali..
hadoi!!

macam mana ya keadaan Sultan kita sekarang?
dah sihat ke masih sakit lagi?

erk setahu saya..
yang last saya baca dalam paper last month..
dia masih belom sihat..

dato' interviewer senyum
cik,kita kena amik tau jugak perkembangan dalam negeri..
even kita kerja luar dari negeri kelahiran..

erk!
ok.
noted!


aku keluar bilik interview dengan tersenyum.
tersenyum bukan sebab boleh jawab semua soalan..
senyum sebab kelakar bila pikir balik keadaan diri time tu..
..hahahahahaha.. 

sampai je rumah..
semua terpaksa dengar citer pengalaman-bodoh-kelakar aku tu..
sampai berulang-ulang kali..
seminggu!

aku tak harapkan sangat dapat keje tu..
sebab aku memang deserve kalau tak dapat.
tak prepare apa-apa pom..
dengan jawapan yang merapu..

tapi selang beberapa minggu..
bila result keluar..
.....alhamdulillah.....
aku BERJAYA!
YEAY!
berkat doa dari Umie,Ba&famili..
mungkin ni dah memang rezeki yang dah Dia tulis untuk aku.



sampai saat ni aku tertanya-tanya Dato' tu nama apa..
siapakah dia?
kalau panjang umur terjumpa..
haih malu gila!!
tiap kali terpandang Arahan Perbendaharaan..
haih malas nak pikir!
=="

No comments: