Thursday, January 13

DuaBelas Mei tahun DuaPuluh Sepuluh

syok-syok dok selongkar folder dalam phone..
terjumpa gambar ni.



tiba-tiba tersenyum sendiri..


*flashback*

hari tu..
hari interview.

hari tu..
bermula dengan kekalutan.
kalut sebab aku suka buat kerja last minute.

pagi tu baru la start nak kalut.
baju entah kat mana.
kalut cari tudung yang match ngan baju.
cari handbag yang sesuai.
 rembat je kasut yang ada kat rak.
breakfast memang tak sempat la.
Umie aku geleng-geleng kepala je la.

nasib baik sijil-sijil dah prepare awal-awal.
kalau tak..tahan telinga je la Ba aku membebel.
orang laki membebel lagi bingit dari pompuan kot.

dalam kereta..
aku kalut dok tanya Ba soalan-soalan "pengetahuan am".
membebel-bebel Ba..
sambil cuba jawab soalan-soalan tu..
(^______^)
agak-agak tak dapat jawapan..
aku text je la kawan-kawan yang bijaksana,terror&otak geliga.

alhamdulillah.
selamat sampai.
tempat temuduga pom belom bukak pintu..hihi.
sempat la aku,Ba cari breakfast.
time tu aku dah takde selera.
yang aku pikir..macam mana la saat-saat kat depan interviewer.
macam mana la candidates yang lain.
macam mana la soalan-soalan yang bakal dijawab.
macam mana la..
macam mana la..

selesai je alas perut..
Ba hantar sampai depan pejabat tempat temuduga tu..
wah!
dah macam puteri..kan?

TIBA-TIBA..
aku rasa macam tak selesa je kasut ni.
eh aku terpijak chewing gum ke?huh!
hantu mana la campak chewing gum merata-rata.

Ba dah tergelak-gelak.
aku pelik.

rupa-rupa nya..
tapak kasut dah tercabut.
kasut dah ternganga macam mulut buaya.
kalut aku datang balik.
adoi..macam mana ni?

kasut spare tak bawak.
pintu pejabat dah bukak.
akak penyambut tetamu pom dah panggil.

Ba bagi idea..
(sambil tergelak-gelak)
aku redah je masuk pejabat tu dengan tapak kasut ternganga.
berjalan slow je sebab nak cover kasut ternganga tu.
mana la tau kan..ada yang terperasan keadaan kasut aku tu.

aku candidate yang ke-4..
so ada peluang la release ketakutan & kekalutan tu.
Ba text bagitau yang dia gerak balik rumah.
tak larat nak tunggu aku kat luar ofis tu sorang-sorang..katanya.

sambil-sambil dok hafal apa-apa yang patut..
sambil-sambil dok baca doa tenang hati,terang hati..
tiba-tiba je jari jemari kaki terasa sejuuuuuuuuuuk.
haih!
control kaki..control kaki..

okeih candidate nombo 4 dan 5,
sila ke bilik menunggu ya.
pakcik urus setia dah bersuara.

okeih..jalan slow-slow.
control jalan..control.
jaga-jaga jangan sampai ada yang nampak kasut ternganga tu.
haih!
bila naik tangga..makin besar kasut tu ternganga.

kalut datang lagi sekaliiiiiiiiiiiii..
nak teruskan pendakian tangga ke?
ke nak turun balik?
eh kalau turun pom sape yang boleh selamatkan aku?
macam-macam dialog dok main kat dalam kepala.
last-last ambik keputusan turun balik.
pakcik urus setia dah start bising bila nampak aku terpacak kat pintu.
pakcik urus setia dah bising-bising..
..mana candidate nombo 4?
mana candidate nombo 4?
aku angkat la tangan sambil kata saya! saya!
hah! tunggu apa lagi..naik ke bilik menunggu!
sambil-sambil tu pakcik tu dok membebel..
bebelan pakcik yang aku tak paham sepatah haram.
mata candidate lain..tertumpu kat aku!
aku tak tau nak buat apa..
nak bagitau mereka keadaan kasut aku??
mau terburai isi perut mereka kot.
tak nak la weh!
saya ada emergency la pakcik!
ah peduli kan la apa yang pakcik bebel kan tu.
saat tu masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

aku terus call Ba.

Ba,mai sini dengan kadar yang segera!!
amik kasut lagi satu kat dalam beg kat dalam bilik kat rumah!!

*kalut!kalut!*

huh??mana sempat anak ku oit!

sempat ke tak sempat ke..kena sempatkan jugak!
ni antara hidup & mati anak mu!
*suara-kalut dah bertukar suara-mau-nangis*

aku ke hulu ke hilir..tunggu Ba.
dalam sepuluh minit kemudian Ba sampai.
naik moto.
WAH!
Ba merempit..setahu aku..dia takde lesen moto.
tanpa lengahkan masa aku terus amik kasut yang Ba bawak.
sambil pakai kasut..aku membebel-bebel citer kat Ba..
..yang pakcik urus setia dok bebel-bebel marah kat aku.
time tu mata dah bergenang ngan air mata.
sebab nervous,kalut,takut,marah..semua ada!
haih!

kemudian berlari-lari naik ke bilik menunggu.
candidate nombo 5 dah sibuk tanya..

..awak ke mana tadi? pakcik urus setia dah bising-bising.

aku tunjuk kasut!
kemudian aku citer kekalutan aku tu.
yang kelakar..erk kelakar ke?
candidate nombo 5 pom senasib ngan aku..
kasut dia pom ternganga jugak..hihihihihihihihi.
tapi nasib dia baik sebab ada kawan bagi pinjam kasut.
aku pom nasib baik jugak..
..sebab Ba jadi superHero aku & candidate nombo 5 bagi sarung kaki..eh ke stokin?
..sebab kasut aku tu tak bertutup dan agak sexy..

agak-agak la kan???
macam mana interview aku hari tu?
berjalan dengan lancar ke?
ke tak boleh blaaaaaaah?
hihi..

...bersambung...

2 comments:

HANA CATALYST AND CRAFT said...

nervous gile saya~!!! ouch.. saya lak yg nervous.. tetiba~

cikMayat said...

bila mood sy dtg,sy smbung citer ni ye :)