Tuesday, October 19

exam dan persedian.


EXAM?
aku xsuka exam!
ada ke ssape yg suka exam?
bila aku ada exam..umie aku yg paling gelabah..hehe.
sbb umie tak sanggup nk tadah tlinga..tak sanggup nk dengar aku nangis gelabah,tak sanggup nk dengar keluhkesah gelisah dari mulut aku ni..
ya! aku akan gelabah sampai nangis-nangis bila tiba time exam.

lepas menangis,mengeluhkesah,gelabah..aku akan ok.

bila ok..aku akan pastikan smua kelengkapan utk study ada kt depan mata.

nota-nota  
(ofkos la kan)
nota-nota ni perlu la menarik.bila menarik tak la aku rs ngantuk.bila tak ngantuk maka aku bleh fokus.bila fokus maka gelabah pom kurang.bila rs gelabah kurang maka umie aku akan happy sbb dah tak perlu dengar keluhkesah dari aku.
soooooooo,pendek kata nota-nota perlu menarik! ;)

serkup atau anak tudung atau tudung
item ini perlu ada.PERLU ya perlu! sebab aku tak bleh kurangkan atau buang habit tabiat buruk yg satu ni.
aku suka tarik-tarik rambut bila membaca.bila jari jemari ni free dari bkerja..makanya rambut ku yang agak lebat kurang banyak ni la akan jadi sasaran.
oleh itu item di atas penting! agar rambutku tak menjadi mangsa.

stokin
item ni pom penting jgk..hehe.
bkn kerana mengulangkaji dalam bilik-maha sejuk-berhawa dingin.
ini kerana..bila kepala dan rambutku dah dilitupi ditutupi diserkupi dengan serkup atau anak tudung atau tudung..makanya jari jemariku terasa free. 
oleh itu jari-jemari ku pula menjadi mangsa ;P

air mineral atau air masak
penting.penting.penting.
bila ngantuk..telan je air masak banyak-banyak bertong-tong sampai kembong.
pastu exercise ulang-alik ke toilet..kan dah hilang skit rs ngantok..hikhik.

nescafe
air masak je tak cukup..
aku perlukan kafein!
nescafe pekat!
gula-gula atau kudap-kudap atau chikendish
bagi mengelakkan mulut dari terus menguap ala-ala bluehypo..
hiasi ruang rongga mulut dengan gula-gula.
gula-gula yg masam lg mujarab..

mp3
sumbat lubang telinga dengar lagu-lagu rancak-tahap-goyang kepala. 
lagu-lagu super-duper-jiwangs pom bleh jgk..hehe.

handfon
bila study handfon penting ada kt sisi aku..hehe.
in case nk bertanya kabar kawan-kawan serta teman-teman lama.
dandan time tu la dok teringat kat kawan-kawan..erk!




p/s: 5 minit je kot aku btol-btol fokus..hehe.
pastu mula la otak melayang entah ke mana..
adoi...!

No comments: