Monday, October 25

Encik Abas Demam?


Alhamdulillah.
Pagi semalam..
Boss Kecik belanja breakfast.
semua staff kat sini dijemput.

suka weh..!!
makan free lagi..
paham-paham la kan kondisi poket masa hujung bulan..kan?

Oleh kerana perut dah memainkan irama keroncong hiphop..
aku dan kawan-kawan yang lain antara rombongan terawal yang sampai
ke tempat kejadian meja jamuan.

WAH!!

Nasi Minyak ada..
Ayam Berlada pom ada..
Gulai Kambing ada jugak..
air kaler pink sirap bandung pom ada..
tea pom ada..tp kurang menarik perhatian..heheeeeee.

Untuk pencuci mulut..
ada pengat keladi 
(erk!aku tak pernah try..best ke?takde rasa-rasa gatal ke eh?hehe..)
 dan satu lagi...
Encik Abas Demam!

eh? ke staff kat ofis yang bernama Encik Abas demam..dan tak bleh join breakfast hari ni?
eh? kat ofis ni ada ke staff yang namanya Encik Abas?
ke nama pencuci mulut kuih tu..Encik Abas Demam??
time tu macam-macam bermainkan kepala otak aku ni dan kepala otak kawan-kawan (mungkin..) 

******************************************************************

Sambil berebut beratur mengambil makanan..
aku tanya kat akak senior

Aku: Kak, kuih tu namanya Encik Abas Demam ke?

Akak Senior: Aah namanya Encik Abas Demam.

Aku: Nape pelik sangat namanya? Encik Abas masak kuih tu time dia demam ke?hehe..

Akak Senior: Entah la.akak pom tak tau (sambil buat muka tak nak layan)

 *****************************************************************

Tak puas hati ngan jawapan yang Akak Senior berikan..
aku tanya plak kat Pakcik Senior..

Aku (dengan soalan yang sama)
Nape nama kuih tu Encik Abas Demam?Encik Abas masak kuih tu time dia demam ke?

 Pakcik Senior: Mungkin la kot.

Aku: Sedap tak?

Pakcik Senior: Sedap!! Try la skit. 
(sambil senyum-senyum sinis manis)

******************************************************************
Selesai merasa melantak sepinggan penuh Nasik Minyak itu..
aku memberanikan diri try Encik Abas Demam.
Pakcik Senior pandang dan masih senyum sinis manis.




errrrrrrrrr..rasa Encik Abas Demam tu..





macam..



macam..





macam..





Cendol yang dimakan bersama kuah lemak laksa/laksam..





konklusi nya di sini,tekak aku tak bleh nak trima kehadiran Encik Abas Demam.

sorry Encik Abas~~

Cerita Encik Abas yang Demam tak abis setakat itu..
disebabkan kerajinan yang melanda diri ini..
dan disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak..
aku meng-google asal-usul salasilah nama Encik Abas Demam..

dan hasilnya..
taraaaaaaaaaaaa~



Encik Abas dalam periuk
aku amik gamba ni kat sini
 

 Encik Abas dalam bekas yg cantik
aku amik gamba ni kt sini jgk.
 p/s: kechiwa sebab persoalan tang asal-usul salasilah nama Encik Abas Demam tak terjawab.

No comments: