Monday, August 26

kosong

esok 27 ogos
biasanya tiap-tiap tahun aku tak pernah miss untuk tak tido awal
nak tunggu detik 12 malam
konon nak jadi orang second yang wish birthday kat arwah Ba
bagi can kat umie untuk jadi first

tahun ni?
mata takleh lelap
dok tahan air mata
last last jatuh jugak

arwah Ba..
senang je hadiah birthday yang dimintak,
belanja makan "pokcik janggut"
first time dengar tak dapat tangkap permintaan dia
ditambah aku jenis blur 24jam
pokcik janggut = kfc

Ba,
Ba dalam doa Apih tiap-tiap hari insyaAllah.
Apih takkan lupa setiap satu pengorbanan Ba kat Apih selama 22 tahun ni.
Apih akan pegang setiap amanat Ba insyaAllah.
Apih mintak Apih takkan lupa Ba.
Apih harap kita boleh jumpa kat 'sana' sama macam dulu Ba Ba Apih dan Apih anak Ba.

Ya Allah Apih rindu Ba.
umie, adik-adik semua pun sama.
Kami rindu sangat kat Ba.

Al-fatihah

No comments: