Sunday, February 19

Jujur Aku Dayus

*********
aku review drama ni dari perspektif mata aku sendiri,
dan pemerhatian aku sebagai pemerhati.
tak dituju kepada sesiapa.
hanya untuk dijadikan pedoman dan sempadan di hari muka.
 *********

 malam tadi layan drama best kat slot cerekarama kat tv3.
sapa yang tengok,korang tau la eh best ke tak drama yang aku maksudkan tu.
eh ke bagi korang citer tu so-so je?

aku memang dah set dalam kepala..
kul 10 kena terpacak kat depan tv..
nak tak nak kena tengok!

first sebab heroin,
nora danish.
comel.
 
second sebab hero,
beto kusyairi.
macho dan sweet.
heheh..

jalan citer aku letak tepi dulu.

tapi bila dah melekat,tengok citer tu..
netbook,facebook,ym,skype..aku letak tepi.
fokussss!

 eh macam best citer ni..
eh memang best la.

eh macam suspen je..
eh memang suspen pom.

suspen tang part..
1) kenapa la si Ed tiba-tiba dingin ngan Lis?

2) eh takkan la bertudung,berjubah..
muka baik macam Aisyah bleh mengandung anak luar nikah?

3) huh? dah agak dah yang si Ed dingin sebab dia curang ngan Ed..
eh ke sebab Lis dah balik ke perangai lama..
eh rupa-rupanya tak.

bagi aku,citer ni lain dari yang lain..
sebab tak bleh nak jangka apa sebenarnya yang akan jadi kat next scene.
aku suka bila yang aku expect,tak jadi.
dalam kepala "alaaaaa salah rupanya..heheh"
 
okeih
moral yang aku dapat dari citer ni:

first,
komunikasi.
pentingnya komunikasi dalam rumahtangga/perhubungan
(bleh la dipraktikkan bila dah kawin nanti..heee).
si husband pendamkan rasa sebab tak nak tegur salah/silap di isteri.
pendam sorang je.
sayang katanya..
tapi dok tunjuk sikap dingin kat wife.
dah tu si wife pom buat keputusan nak pendam jugak..
si wife takde la plak nak bertanya apa silap dia?
apa salah dia?
apa yang husband terasa sampaikan layan dia macam wujud tak wujud kannnn..?
pastu takde la plak nak tanya pendapat/nasihat dari famili/teman rapat..
tak nak tanya disebabkan malu katanya..

kau pendam,aku pendam..
tunggu masa bom meletup,pompampompam..
aku ceraikan engkau dengan talak satu.
nauzubillah!

so,kalau ada masalah..
bincang!

eh..
kalau tak silap,
kita bleh kan mintak pendapat orang yang kita percaya,
selagi tak bukak aib suami/famili kannn?
btolkan aku eh..kalau statement aku salah :)
 

second,
batas pergaulan.
haih.
dah terang-terang awak tu isteri orang,
awat la pi berjumpa jugak ngan lelaki lain.
dah la jumpa one-by-one.
awat tak bawak kawan ke kakak ke sepupu temankan.
tak mintak izin suami..satu hal.
pastu pi jumpa plak exboyfriend la plak..satu hal.
kita tak bleh expect yang hati orang tu baik macam kita.
eh baik ke?
kita tak bleh expect si exboyfriend tu ikhlas,jujur ke tak ngan kita..
ntah-ntah ada dendam,ada niat jahat.
macam ayat-ayat standard yang selalu kita dengar la kannnn..
rambut sama hitam,hati lain-lain.
kalau lah kita memang dah btol-btol yakin yang si exboyfriend tu baikkkk sekalipon,
mampu ke kita nak tutup mulut,mata yang memerhati?
seelok-eloknya kita kena elak benda-benda yang boleh mengundang fitnah..
kannn?

selain dari hero macho,heroin comel..
jalan citer ni slow skit..
tapi still ada elemen-elemen suspen.
tu je la moral yang bleh aku huraikan..heheh.

aku bagi 9/10..
 
so ssape yang nak ulang tengok citer ni ke..
yang blom tengok dan terasa nak tengok ke
dan nilai eh btol ke best bagai dicanang?
bleh la tengok kat link di bawah ;)

 
aku harap Allah akan kurniakan aku..
seorang lelaki yang boleh membimbing aku ke jalanNya,
seorang lelaki yang penyabar,
seorang lelaki yang boleh menjadi imam kepada kami sekeluarga.
insyaAllah.
aminnn.

1 comment:

fana fahana said...

ending yg unexpected la.....dlm kepala fikir lain,,,but nice sangat2....