Showing posts with label kejadian. Show all posts
Showing posts with label kejadian. Show all posts

Tuesday, December 18

jigsaw puzzle

ada masalah sikit.

tak sesuai la bincang via text.

bila ada masa, saya call/jumpa awak.

awak kena bersedia dari segi emosi.

think positive.

we need to talk!


tapi bila???

Sunday, November 20

cekik darah

dah dua hari tak telan nasik.
pagi tadi pom breakfast ktiau goreng.

so,
lunch hari ni dengan semangat berkobar-kobar
berpayung meredah hujan mencari nasik sebutir dua.

alhamdulillah..
rezeki.
dapat jugak la makan nasik..
tengahhari ni.

tak berpikir panjang..
aku main ambik je lauk yang dah tergolek kat depan mata.

nasik separuh,
sambal ikan bilis tempe bersama petai,
kuah kari campur-campur,
& sotong bakar.
*nampak cun je sotong tu tergolek-golek*
tergoda nafsuku~

bila bungkusan nasik tu bertukar tangan.
tauke tu bagitau harga,
aku terlompong jap.
huh?
ke aku salah dengar..
banyak kali gak aku tanya
sebab
nak konfemkan betol-betol harga

SEMBILAN HENGGET!!!

tak pernah-pernah nasik berlauk untuk lunch
cecah harga cam gitu sekali..
OoooooMmmmakAih!

*gambar aku tak snap*

takkan la sebab musim hujan,
harga sekor sotong bakar bleh
mahal nak mampsss
cam gitu.
huhu.

Monday, September 12

lupa diri!

malam tadi baru je nak lelap..
tiba-tiba perut memulas-mulas.
hari ni pulak..
dah dua kali memerut.
dipikir-pikir aku ada tersalah makan,minum ke?
 
 bila flashback balik..
weekend hari tu tak balik kampong.
so,
makan pom main sumbat je apa yang ada kat depan mata.
 
jumaat..
keluar cari makan..semua kedai makan tutup.
maybe tauke-tauke dalam mood beraya lagi.
jadi konklusinya..
makan maggi bersama milo panas.
bukan malas nak masak..
umah sewa aku takde dapur.
bukan takreti masak..
umah sewa aku memang takde dapur.
;p

pagi sabtu..
aku alas perut breakfast roti cicah milo panas je.
tengah hari tu pergi beraya,masak rendang kat umah akak officemate.
dia jamu kami ngan mee goreng,kuwetiyau goreng.

so,
dua hari la aku tak telan nasik.
kalau satu hari tak jumpa nasik..
kepala start la pening-pening.
yang peliknya hari tu kepala aku ok je.

owh semalam kat ofis ada jamuan hari raya.
kalau ada jamuan hari raya..
paham-paham je la eh..
macam mana banyak jenis makanan terbentang terhidang kat depan mata.

tak makan..rugi.
dah makan..lupa diri.
first yang aku sambar of course la yang berasaskan nasik!
nasik minyak..tak banyak.
satu senduk je.
pastu aku amik satay ayam dalam empat cucuk.
satay ikan sikit je..
eh sikit ke?
 pastu sambung puding cocktail.
rehat kejap.
sembang-sembang.
bercerita-cerita.
gosip-gosip.
gelak-gelak.
gurau-gurau.
sambil makan jeruk,rojak buah.
 
dalam dua jam pastu aku sambung lagi.
kali ni aku start ngan mee kari.
yang ni aku amik sikit je.
sebab takut kuah nya tak kena ngan selera aku.
sekali rasa menyesal giler sambar skit!
serius sedap!
nak tambah malu la plak.
sebab time tu ramai la plak tetamu sampai.

rehat kejap.
sambung makan ketupat cicah rendang&serunding.

pastu dok bergelak huhahuha berderet jadi penyambut tetamu.
dah rasa tegang semacam je otot-otot pipi ni.
agak-agak budget 'letih' minum air mango bergelas-gelas.
hoho kembong weh kembong!

staff lain dah start kalut tapau makanan yang giler banyak..
aku g cedok makan mee goreng campur bihun goreng.
tu yang last aku sempat sambar.
ada gak yang dalam list tak sempat 'try'..
hahahahahaha.
antaranya laksa,laksam,soto.
emmm ape lagi eh?
heheh.

aku sempat tapau soto.
roomate aku plak tapau nasik minyak,jeruk,keropok.
malamnya kami hadap makanan tu lagi sekali.
yang kecewanya tak merasa nak makan soto..
sebab dah basi.
huhuhu.

kesan dari kejadian weekend & semalam.
hari ni perut aku meragam.
dari weekend yang makan entah apa-apa..
ke semalam yang makan berjenis-jenis.

mau tak terkejut la perut nih!

nah amikkaw!

moral of the story:
berpada-pada la!
jangan lupa diri bila dah nampak lautan makanan.
ingatla pada yang lebih memerlukan.

adoi sakitnya perut.
keje bos banyak lagi yang nak kena setel!
sobSob..

Tuesday, August 16

Lemau remains Lemau.

pagi tadi ada rewang kat ofis.
rewang-rewang packing biskut raya,kurma untuk majlis ahad ni.
aku tolong apa yang patut je.
sebab bosan dok ngadap pc.
pc hadap aku.
takde keje.
bosan.
opssss!

oooh.
sebelom terlupa.
hari ni 16 ogos 2011 kan?
*soalan bodo*
hehe.
ehem ehem..
ekceli hari ni genap la setahun aku keje kat terengganu.
emmmmm..
nak flashback balik macam mana first time lapor diri hari tu..

tapi lain kali je la.
next time matsalleh cakap.
takde mood!!!
hati terbakar dari pagi tadi belom padam!
serious geram-giler-nak-mampos!

balik dari rewang..
dapat mesej yang berbunyi sebegini..

Salam Ramadahan.
sebagai info saya (cikgu kereta)
ingin memberitahu bahawasanya
permohonan anda untuk test 21hb..
telah ditolak kerana terlebih kuota
[msg send by *****]

kali ni dah kali ketiga kuota PENUH!
aku dah remind banyak kali sebelum,semasa aku pergi kursus hari tu.
dan selepas aku balik kursus..
aku nak settlekan benda ni AWAL-AWAL.
CEPAT-CEPAT.

ya.
ya.
aku paham bukan aku sorang je yang amik,belajar memandu kat situ.
bukan aku je yang beratur tunggu turn nak test.
tapi kenapa asyik aku je yang ter-miss tak termasuk dalam list?
budak-budak,pakcik-pakcik,makcik-makcik..
..yang masuk kelas sama ngan aku..
dah bersenang lenang ke hulu ke hilir bawak keta,moto.
aku???

nak kata ada payment yang belom settle,
aku dah settle kan semua.
except balance ciput yang katanya perlu disettlekan pada hari test nanti.

kenape asyik nama aku je tak dapat masuk dalam list?
nama budak lain elok jer terselit.


BAKPO?
PORKE?
KENAPA?

KIYUHUWA?
WEI SHENME?

owh ya.
aku lupa cikgu memang anti ngan aku.
since peristiwa ni

bila la gamak nye setel??
T___T

sabar pom ada batas la cikgu!
dok Lemau Lemau pah ceroh.
jangan la buat saya macam ni.
saya bayar tauuuuu..
bukan belajar free free.
korban tenaga,masa,cuti tahunan..
dan duit!

Saturday, August 13

nak ayam goreng! nak ayam goreng jugak!

tajuk entry macam mintak lempang laju-laju je!

petang tadi..
dengan lemah longlai..tak larat..
tahap budak lima tahun baru belajar nak puasa.

aku menghidu..
mencari sesuap,bersuap-suap juadah berbuka.
tekak terasa nak telan nasik minyak ayam goreng.

disebabkan tahap tak larat & malas yang menggunung..
aku batalkan niat berjogging ke bazar ramadhan.
menapak je kat warung depan blok umah sewa ni je.

nasib menyebelahi makhluk Allah yang pemalas ni.
akak-nasik-minyak baru je sampai.
tak menyempat..
aku terus je order nasik minyak ayam goreng sebungkus.
tanya kaba mee kari..akak tu menjawab tak de.
okeih fine.

balik je bilik..
bungkusan nasik minyak ayam goreng aku letak tepi.
sambung tugas meng-iron stok baju kerja untuk seminggu.

setengah jam kemudian..
terkejut terdengar bunyi meriam dari Bukit Puteri..
dan sayup-sayup azan maghrib kedengaran.

dengan pelahap tak menyempat..
rakus aku bukak bungkusan nasik minyak tadi.

nak menangis.
nak menjerit.
nak meraung.
nak melalak.
semua ada.

bungkusan yang ku sangka nasik minyak ayam goreng tadi..
rupa-rupanya
ada nasik minyak TANPA ayam goreng.
T______________T

sabar.
sabar.
akak-nasik-minyak tadi TERlupa nak letak ayam goreng KOT.
silap aku jugak.
tak perhatikan betol-betol akak tu bungkuskan order tadi.
sebab mata dok melilau-lilau tengok gerai kuih seberang jalan.

rezeki hari ni..
nasik minyak berkuah jer..
alhamdulillah.



credit to Google


cikMayat:awk nak tau 1 citer sedih tak?

incikSusah:ya citer apa?

cikMayat:tadi sy blablablabla nasik minyak ayam goreng
tapi takde ayam goreng.
sedih tak citer ni?

incikSusah:emm?
sedihnya.
dah macam rancangan Bersamamu.

cikMayat: *sentap*

Sunday, April 17

weekend yang weeeeeeeeee ^^,

jumaat yang lepas..
tak pernah-pernah bangun awal pagi di hujung minggu cam gini..
first time untuk tahun ni..mungkin.
adik-adik aku pom naik pelik dengan perangai aku hari tu.
hihi..

beria-ria bangun awal..
sebab si remaja purba ni bakal attend kelas memandu.
hikhik..
buat malu je.
tapi takpe.
aku dah tak kisah mulut-mulut jahat nak mengata.
dah tak kisah mata-mata juling memandang serong.
apa nak kisah..
bukan si mulut-mulut jahat dan si mata-mata serong yang bayarkan!
hahaha..

seru nak amik lesen baru je sampai..
sepantas kilat..
zupzapzupzap..
Ba tolong daftarkan..
Ba tolong usharkan..
Ba jugak yang tolong hantar pergi kelas.

kelas best!
cikgu kelakar.
suka buat lawak sebab tak nak kami rasa mengantok.

aku sikit pom tak ngantok.
kagum dengan diri sendiri.
mungkin sebab teruja dengan benda baru..
eh ke jakun?
hahaha..

makanan kat cafe pulak sangat mahal dan tak sedap.
owh makcik amik peluang kaut untung eh?
tak baik tau..
huhu.

sampai umah lewat petang..
tak sempat nak manjakan diri untuk berehat-rehat.
sempat makan,mandi je.
aku terpaksa study untuk exam undang-undang jalanraya esoknya.
huhu.

dari belajar kat uitm dulu sampai la sekarang..
aku memang alah dengan undang-undang a.k.a law.

asal bukak je buku undang-undang..
mata konfem kuncup.
asal bukak je buku undang-undang..
mulut konfem ternganga menguap..
=="
last-last buku entah ke mana,ilmu entah ke mana..
tido!

pagi sabtu..
subuh dah sedar pergi kejut Umie,Ba..
cakap yang aku tak prepare apa untuk exam..
huhu..
boleh plak aku suruh Ba call cikgu bagitau yang aku nak cancel tak mau amik exam.
membebel-bebel Ba.
sebab takut,sakit telinga dengar bebelan Ba..aku sambung study
tu pom sempat lagi terlelap dua,tiga round..
hadoi!

tak sempat nak breakfast..
dah gerak pergi amik exam.
Ba dan Alang temankan.

masa mock test alhamdulillah aku pass.
tu pom main tembak-tembak.
on the way pergi ke tempat exam sempat lagi aku bukak buku..
dengan harapan nak cover topik yang belom ter-cover.

and.
finally.
aku pass ujian undang-undang dengan jayanya.
yeay!
minggu depan masuk bengkel.

tima kasih adik-adik doakan akak mu ini.
tima kasih Ba sebab susah payah bangun pagi hantar pegi kelas.
tima kasih Umie sebab support.
*pelukpeluk*

masa lunch..
ada kanak-kanak sekolah..
beranikan diri tegur si remaja purba.
auwww!
=="

Thursday, April 7

kisah minggu ni

ahad..
kesihatan tak mengizinkan nak pergi ofis..
elergic,selsema dari hari sabtu lagi.
so,MC.


isnin..
elergic&selsema pergi..gastrik teruk menyerang.
nasib baik kena lepas time keje.
kalau tak..terpaksa la bergulung-ala-ala-siput kat surau ofis.


selasa..
boss dari HQ datang buat perbincangan report.nasib baik perut dah ok.
nasib tak baik bila balik kerja..housemate bagitau yang kena pindah umah.
PINDAH LAGI! haih! nampak gaya kena mandi bunga nih!
sejak dok kat sini..asyik pindah umah je =="


rabu..
terpaksa attend meeting yang agak teknikal untuk budak baru macam aku.
ternganga jugak saat-minit-pertama dalam meeting.


khamis..
sepatutnya berhujung minggu di kuala tganu.
sebab plan nak study untuk exam nextweek.
serabut haih bila pikir tang umah sewa yang tak setel-setel!!
cabut balik kampong.keje giler! cari tiket lastminit.berlari-lari-terkejar-kejar beli tiket,amik barang kat umah.


incikSusah, cam pakat je selsema.
selsema rindu eh?
miss u too :')


ya Allah,Engkau takkan duga kalau hambaMu tak kuatkan?
Alhamdulillah :)

Wednesday, March 16

kuasa Allah dan mentaliti manusia

hari ni ada kelapangan sikit.
aku amik peluang baca berita dan blog.
tentang isu semasa..
yang kat mana-mana pakat dok bersembang.

gempa bumi..
tsunami..
letupan loji nuklear..
dan ancaman gunung berapi.
semuanya berlaku kat jepun.

aku start dengan akhbar famous ni.
pastu sambung dengan..
gosip dan perkembangan semasa kat blog ni.
try jugak google isu-isu yang berkaitan dan terjumpa la entry ni dan  forum ni.

malas nak cakap banyak!

sambil baca..
sambil geleng kepala..
sambil ingatkan diri sendiri..
jangan main redah je..
time nak utarakan
luahan-hati-perasaan yang sarat-terbuku-terbeku
kat hati atau kepala.
konon engkau nak update dengan isu-isu semasa..
tapi sensitiviti orang lain engkau tak pikir..

sekarang ni..
mungkin kita terpalit rasa "berat mata memandang"..
..kita belom rasa "berat bahu yang memikul".

agak-agak malaysian boleh ke macam ni?

tika senang berduyun datang.
tika susah..ada???

Tuesday, March 1

umah sewa baru LAGI~

hari ni
penat.
penat otak.
letih minda.

kat ofis..
discussion dari pagi sampai petang.
masa discussion,aku ada buat salah..
small-silly-stupid-mistake..
takpe pengajaran untuk aku.
tak buat salah..maka tak belajar.
lain kali jangan buat lagi.
kalau buat kesalahan yang sama..itu bodoh namanya.
ok noted!

balik dari keje..
packing barang tersisa kat umah sewa lama.
sebelom magrib dah check-in kat umah sewa baru.

malas nak unpack barang-barang ni.
banyak.
letih.

aku letak kat satu penjuru dalam bilik.
maybe roomate baru aku akan cakap.. 
menyemakkan mata je barang minah ni.

ah tak kisah lah.
aku pom bayar sewa jugak.
:p

cik diri,
don't judge the book by its cover!
selalu cakap tapi jarang praktik.