Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Sunday, November 13

flashback AidilAdha 2011

selamat hari raya aidiladha.
dah seminggu berlalu baru hegeh-hegeh nak wish.

*entri flash balik memori*
mau check tahap kenyanyukan

well!
hari ni first day masuk ofis..
lepas cuti sakan sempena raya haji.

raya kali ni tak tumbangkan lembu/kambing.
nenek pom takde kat kampong.
raya biasa-biasa je.
tapi alhamdulillah attendance adikbradik tahun ni penuh.
semua ada.
gamba kenang-kenangan je takde.

aku balik ke Sarang hari jumaat.
nasib tak baik..
terlambat beli tiket bas,
dapat seat paling belakang.
natijahnya..
terpaksa membuairasa..
melambong-lambong sepanjang lebih kurang 4 jam perjalanan.

sampai je kb terus buat-buat ayat..
ajak Ba,famili pergi makan-makan.
boleh tahan telan la lauk-lauk kat situ.
nama restoran tu aku lupa :p

esoknya sabtu..
kemas,sapu,lap,vacum ruang-ruang umah yang patut.
ahad kan dah nak raya.

pagi raya..
Umie hidang nasik dagang kari ayam kari ikan tongkol.
pendek kata takde sape la bleh challenge air tangan Umie.
terbaik!

sempat ziarah umah jiran a.k.a sanak sedara.
juadah laksa sarawak&nasi himpit kuah kacang.

Along sampai Sarang tengahhari waktu tempatan.
heheh.
adik-adik tersayang dah beratur tak sabar menjeling-jeling beg besar Along.
intai-intai souvenir dari Korea.
dapat tshirt sehelai sorang.
jadi lah.
eh Umie macam biasa dapat special.
extra fridge magnet.
owh jeles!
comel je sepasang patung tu pakai hanbook.
ala lupa nak snap gamba.

hari raya kedua yakni hari senin.
pagi dah ber-breakfast-kan nasik daging goreng kunyit.
pastu join Umie,Ba,adik-adik beraya.
ber-lunch-kan nasik sup tulang sambal belacan ikan kering.
pastu kalut-kalut terkejar-kejar anta Along ke airport.
seram tak seram naik keta ngan mamat ni.
kejar flight punya pasal.
alhamdulillah sempat.
balik dari airport,ada satu umah lagi yang nak diserang.
ber-hi-tea-kan..
nasik sup tulang pulut kuning rendang daging agar-agar pandan.
nama je hi-tea..tea nya takde pom ;p

hari raya ketiga yakni selasa.
takde juadah menarik.
yang wajib ada daging.
tapi aktiviti hari ni agak menarik..
heheh
masa untuk ber-dating-datingan.
kejap pom jadi la.
aktiviti meredah jam bersama..lomantik lo!
'lomantik' la sangat!
buat hal masing-masing.

rabu melilau-lilau mencari doktor gigi.
ku sangka kan bleh setel servis repair maintain gigi..
dalam masa satu hari je.
ropa-ropanya checkup je.
appointment di lain hari.
waduh!

khamis jumaat sabtu.
aktiviti apa eh?
aku dah lupa :p
yang pasti aktiviti wajib
menternak lemak dalam badan.

eh sabtu dah bermalas-malasan balik ke ganu.
tugas packing barang ku serahkan kat Alang.
malas liat weh!
rasa kejap je terperap kat umah.
seminggu kejap je..huhu.
elok-elok je 2,3 hari panas terik..
hari tu hujan lebat.
cam paham je perasaan malas aku.
eh ada kaitan ke?
heheh.

kesan/akibat/natijah bercuti rehat lelama!
first day kembali ke pejabat,
liat bangun pagi.
kalut! lupa rutin harian kat umah sewa macammana :p
bila dah kalut,tertinggal hfon..nasib baik purse sempat disambar.
kat ofis terkial-kial nak menaip..sebab dah lama tinggal keyboard.
hahaha alasan!
eh tapi serius btol..ejaan tak ke laut ke mana.
buat malu je!
pastu bila teammate bagi arahan beria-ria cakap paham.
bila disuruh buat..terlompong lupa!
mak aih otak melayang-layang kat Sarang lagi.

bos dah buat bunyi taknak approve aku cuti lama.
eh eh eh.
mana bleh cam gitu.
disember ni aku ada projek baik punyer!

malam tadi.
mimpi takbest!
aku taksuka.
kan best klu dalam mimpi tu..
aku nampak aku..
yang tersengih-sengih.
bergurausenda.
tersipu-sipu.

Wednesday, October 19

kalau tak stress bukan kerja namanya!

hari ni giler stress..
aku nk luah sumpah seranah kat sape aku tak tau.

aku luah kat sini je lah.


aku nak tuju sesi luahan perasaan ni kat ko!
ye ko!
bukan ko yang sedang baca blog aku ni.

seorang ko yang giler pemalas..!

buat keje tak pernah nak serius.
main-main.
kalau ko nak main-main tak heret libatkan orang lain tak pe la jugak.
ni ko buat salah,
alih-alih orang lain yang nak kena 'tolong' baiki balik salah silap ko tu.

eh eh.
dah la ko buat salah,
orang lain yang tolong.
pastu slumber giler badak..
ko ulang alik-ulang alik buat-buat sibuk benda lain
bukannya nak bagi idea setelkan masalah yang ko buat.

semua benda bagi ko small matter jeeeeerrr.
tak yah stress-stress
tak yah gelabah.

banyak la ko tak yah stress,gelabah.
bila ada je salah ke hape ke,
ko campak letak kat kepala orang lain..
tunding jari kat orang lain..
padahal memang terang-terang tu salah ko.

weh tolong la.
ko gaji dah banyak..
so buat la keje setaraf ngan gaji yang ko dapat.

aku ni gaji ciput je..
so keje pom kena ciput je la kan?

bila stress cam gini..
mula la aku pasang niat nak berhenti je keje.
jadi surirumah!

bila aku post niat,angan-angan nak jadi surirumah..
eh ramai la pulak yang bagi sokongan
meng-like,komen.

dah tak de benda lain ke nak pikir?
dorang pikir aku dah nak kawin..

eh eh kawan-kawan ce try kreatif,kritis skit..
selain benda lain dah tak de benda lain ke selain kawin?
ni satu lagi topik yang bleh stresskan aku..

aku malas nak edit cantik-cantik..
 
 

one and d'only yang bangkang aku punya "cita-cita"
..makcik aku..

Wednesday, June 15

penantian satu penyiksaan! ok.

pagi ni rasa nak menjerit kuat-kuat kat ofis!

happy!

gumbira!

suka!

sekian.terima kasih.

^_____________^

Tuesday, April 26

hampa keping-keping hatiku

hari ni..


aku tak nak citer..
pasal accident yang berlaku depan umah aku malam jumaat lepas.


aku tak nak citer..
tang pengalaman first time belajar bawak keta.

aku tak nak citer..
yang semalam aku dah jumpa umah sewa baru.
dan bakal check in kamis ni.

aku tak nak citer..
yang keje aku boleh-tahan-bertimbun-banyaknya..
TT

aku tak nak citer..
yang weekend ni aku plan nak perhabis masa dengan bersama famili terchintaku.

yang aku nak citer..
pasal benda ni!!


(TT_TT)

takpe lah.
Dia ada rancangan lain yang terbaik untuk aku.

Wednesday, April 20

terkejut

pagi semalam ada kerja luar.
kerja luar kat hulu terengganu.
perjalanan ke sana dalam sejam lebih..kot.
entah.
lupa nak tengok jam.
hahaha.

sampai je kat ofis mereka.
disambut dengan mesra sekali.

tapi berlaku sikit salah faham.
hihi..
kami yang nak buat mereka terkejut.
sekali kami pulak yang terkejut.
terkejut sebab mereka macam dah boleh agak tang kedatangan kami.
pelik jugak.
sebab kedatangan kami tak di-inform-kan terlebih dahulu pom.
haih.
mereka ada 6th sense kah?
haha.

lepas dah setelkan salah faham tu..
kami teruskan kerja.
jumpa bos kat situ..
check dokumen-dokumen yang patut..
sembang sikit-sikit..
bagi pandangan yang sepatutnya sikit sebanyak..
tengah hari dah berjaya men-setel-kan urusan kerja.

murah rezeki betol.
pagi dah dibelanja nasik minyak.
tengah hari dibelanja masakan kampung pulak.
ikan kelah,ikan baung,ikan-apa-entah-namanya.
ditambah pulak cicah dengan budu dan tempoyak.
pergggggh!
licin.
alhamdulillah.

sebelum balik ofis,
sempat singgah beli jagung selonggok.
nak bawak balik kampung hujung minggu ni.
heeeeee.

Alang text tanya kaba aku ok ke tak.
agak pelik pertanyaan tetiba cam gitu.
rupa-rupanya dia mimpi yang aku kena kidnap.
time tu aku tengah drive kereta.
abis muka aku lebam-lebam.
kena tumbuk.
haih!
sape yang amik lesen dan sape pulak yang excited ni?
hahahahaha.

Tuesday, April 12

merdekakah?

dah lama..
aku dok countdown ke detik 12.30 tengah hari 12 April.

alhamdulillah dipanjangkan umur,diberikan kudrat..
..untuk lalui,rasai,nikmati saat dan masa selama tiga jam tu.

sampai je dewan peperiksaan..
rasa sedikit teruja.
teruja sebab terasa dah lama tak amik exam.
teruja sebab..
semua candidate dok kelek buku-kaler-kuning-tebal dua biji seorang.
ada yang pakai uniform seragam..smart!
ada yang pakai formal ala-ala eksekutif..cun!
ada yang selekeh macam budak sekolah..aku!

masa menjawab soalan..
macam-macam gelagat ada.
ada yang rileks-cool.
ada yang gelabah kejar masa.

aku?
sempat lagi dok perhati sekeliling masa dok kalut menjawab soalan..
hahahahaha..
tu tandanya aku tak dapat nak jawab certain soalan.
dah puas dok belek-belek buku..still tak jumpa jawapan.
so,aku give up.
dan amik keputusan tengok keadaan sekeliling.
hahahaha..

harap-harap usaha-tak-berapa-keras..
selama dua,tiga minggu sebelom exam berbaloi.

alhamdulillah,gastrik dah ok.

Thursday, April 7

kisah minggu ni

ahad..
kesihatan tak mengizinkan nak pergi ofis..
elergic,selsema dari hari sabtu lagi.
so,MC.


isnin..
elergic&selsema pergi..gastrik teruk menyerang.
nasib baik kena lepas time keje.
kalau tak..terpaksa la bergulung-ala-ala-siput kat surau ofis.


selasa..
boss dari HQ datang buat perbincangan report.nasib baik perut dah ok.
nasib tak baik bila balik kerja..housemate bagitau yang kena pindah umah.
PINDAH LAGI! haih! nampak gaya kena mandi bunga nih!
sejak dok kat sini..asyik pindah umah je =="


rabu..
terpaksa attend meeting yang agak teknikal untuk budak baru macam aku.
ternganga jugak saat-minit-pertama dalam meeting.


khamis..
sepatutnya berhujung minggu di kuala tganu.
sebab plan nak study untuk exam nextweek.
serabut haih bila pikir tang umah sewa yang tak setel-setel!!
cabut balik kampong.keje giler! cari tiket lastminit.berlari-lari-terkejar-kejar beli tiket,amik barang kat umah.


incikSusah, cam pakat je selsema.
selsema rindu eh?
miss u too :')


ya Allah,Engkau takkan duga kalau hambaMu tak kuatkan?
Alhamdulillah :)

Monday, March 21

kerja dan exam

permulaan minggu ni sungguh memenatkan.
betol-betol menguji kesabaran.
uji fizikal dan mental.

minggu ni terasa lambat berlalu.
ingatkan hari ni dah selasa.
owh rupa-rupanya isnin.

minggu ni kena start disiplinkan diri.
siang setelkan kerja kat ofis.
malam study mana yang patut.
weekend aku dah tak boleh ber-malas-malas-an lagi.

lebih kurang lagi dua minggu..
aku kena ngadap exam tiga jam.
rujuk dua buku kaler kuning tebal.

lost!

Monday, March 7

cikMayat gelabah

dari petang semalam hati dah tak tenang.
tak tenang sebab "deria bau" aku macam dapat agak..
..yang jiran bilik sebelah sa-orang lelaki.

hal jiran bilik sebelah pom nak kecoh ke?

Sunday, March 6

lone ranger

malam tadi..
tido tak berapa nyenyak.
sebab hari ni kena berdepan benda baru.
benda yang tak pernah aku alami.
benda first time..
..yang nak taknak aku kena hadap.

Friday, March 4

minggu pertama bulan tiga

kamis 3hb3.
semalam.


pergi keje awal.
tak kalut as usual.
tahniah untuk diri sendiri.
yeay!


ke ofis berlenggang kangkong.
kat bahu ada beban hampir 5kilo.
eh ke tak sampai 5kilo?
bawak balik laptop boss.
sisa keje yang MESTI disiapkan.

Tuesday, March 1

umah sewa baru LAGI~

hari ni
penat.
penat otak.
letih minda.

kat ofis..
discussion dari pagi sampai petang.
masa discussion,aku ada buat salah..
small-silly-stupid-mistake..
takpe pengajaran untuk aku.
tak buat salah..maka tak belajar.
lain kali jangan buat lagi.
kalau buat kesalahan yang sama..itu bodoh namanya.
ok noted!

balik dari keje..
packing barang tersisa kat umah sewa lama.
sebelom magrib dah check-in kat umah sewa baru.

malas nak unpack barang-barang ni.
banyak.
letih.

aku letak kat satu penjuru dalam bilik.
maybe roomate baru aku akan cakap.. 
menyemakkan mata je barang minah ni.

ah tak kisah lah.
aku pom bayar sewa jugak.
:p

cik diri,
don't judge the book by its cover!
selalu cakap tapi jarang praktik.

Wednesday, February 16

otak penat

hari ni pagi-pagi lagi boss dah panggil.
baru je 15 minit sampai,dah kena jumpa boss.
tak sempat nak hilangkan penat merentas bandar,
tak sempat nak breakfast.
 dah la semalam seharian tak telan nasik.
dapat telan maggi je.

Thursday, January 20

balik stesen

hari ni aku dah start masuk ofis..
ada keje menunggu.
ada masalah baru yang menanti.

Sunday, January 16

keluar stesen

hari ni..
aku keluar stesen selama seminggu.
ke Kemaman.

harap-harap dipermudah segala urusan.
harap-harap dapat tambah pengalaman kerja.
harap-harap group member meringankan beban kerja.
harap-harap semua harapan tak tinggal harapan.


harap-harap tak jumpa cinta lama =_="