Showing posts with label present. Show all posts
Showing posts with label present. Show all posts

Tuesday, August 16

wish list

dalam entry ni
aku pernah citer hajat aku yang belom tertunai.

dah hampir setahun..
satu je hajat yang tercapai.
sempat beli kamera kaler pink je.

okeih!
disebabkan bonus hari raya dah muncul kat dalam akaun bank pagi semalam..
aku terasa teruja nak update next wish list.
(walaupun previousss belom tercapai ^__^)

first sekali aku nak beli polaroid camera.
yang cam gini.
nak beli jugak external hard disk cam ini.


nak bercuti kat sini




nak pergi sini jugak






mari mulai menabung
demi menunaikan hajat-hajat yang belom tertunai.
Ya Allah,permudahkan lah urusanku..

Sunday, January 16

keluar stesen

hari ni..
aku keluar stesen selama seminggu.
ke Kemaman.

harap-harap dipermudah segala urusan.
harap-harap dapat tambah pengalaman kerja.
harap-harap group member meringankan beban kerja.
harap-harap semua harapan tak tinggal harapan.


harap-harap tak jumpa cinta lama =_="

Thursday, January 6

Monday, December 13

percutian yang cukup bermakna..cukup!~ part 2


2 haribulan
tepat jam subuh..
aku selamat sampai shah alam.
kawan yang baik hati nak tolong..
dah standby kat bawah flat bersama duit tambang
-___-"

Sunday, December 12

percutian yang cukup bermakna..cukup!~ part 1

last week..
dari 1 haribulan sampai 7 haribulan
aku plan nak bercuti-cuti malaysia.
cuti dah di-approve.
dalam kepala dan hati dah berbunga-bunga.
macam-macam plan dah siap sedia nak direalisasikan.

Monday, November 22

kisah minggu-minggu yang sudah

exam..
dh sudah.
submit answer sheet dengan perasaan yang sangat-sangat-sangat tak konfiden.
tapi aku harap sangat-sangat-sangat dapat lulus semua paper.

berhari raya..
pun sudah.
hari raya Qurban kali ni..kurang meriah.
sebab ayah aku kurang sihat.
sebab kedua tak sempat balik kampong jenguk nenek.
sebab ketiga 4 hari cuti, bagi aku tak cukup!

satu je part yang best~~
bila kami adik beradik pose ala-ala model depan kamera abang-besar kami.


haishhhhh~~lambat nya December (*_^)

Wednesday, October 20

belom tertunai


sekarang dah hampir ke penghujung Oktober..
dan dah semakin hampir ke hujung tahun.
insyaAllah panjang umur..dapat la bertemu tahun baru.
tapi..
ada banyak la perkara, benda yang aku hajati,ingini,mau miliki..
blom dilaksanakan,blom tercapai,blom...
dan blom...eh blom lagi..eh cakpongcakpong.

ok STOP seblom melalut lbih panjang dan meleret-leret.

sambung..

perkara-perkara yang blom tertunai:

perkara yang pertama!
ada kamera sendiri..hehe.
asyik bergambar guna kamera orang lain je..
asyik bergambar guna kamera kat hanfon yang hidup-segan-mati-tak-mau je..huhu.
nak jugak merasa ada kamera sendiri yang hidup-tak-segan-mati-mau..erk!
dan yang paling penting..colour nya PERLU lah pink.

 macam ni pom dah dikira okeih!



haaaa..
tak pom yang nie..


perkara yang kedua!
tak pernah merasa surprise birthday party..
..sobsObsOb..
dan..dapat birthday cake cam gini..

colour pink peach..perlu ada ;)

perkara yang ketiga!
hehe..
perkara yang satu ni malu nk skit cheq nak habaq..
lesen kenderaan kereta atau moto.
umur bukan dalam kategori muda remaja lagi..
tapi blom ada lesen..
erk! buat malu je.

perkara yang seterusnya..iaitu yang keempat!
ber-camping,bercuti,ber-jungle trekking..
..bersama cinta hatiku a.k.a familiku.
tahun ni cam tak berjaya je nak realisasikan impian yang satu ni.
sebab adik-adikku bakal berperang,bertemput upsr,pmr dan spm.
bila serikandi upsr dah merdeka..tinggal lagi serikanda (eh?)pmr dan serikandi spm yang blom merdeka..huhu.
insyaAllah bakal dilaksanakan tahun depan.
sooooo sempat la aku menabung untuk bekalan masa aktiviti tu nanti.

perkara yang kelima!
ehem..ehem..
yang ni perihal kegedikan skit..dan blom jugak terlaksana.
aku teringin sangat nak berbasikal..
dengan incikMusuh..owh!
kalo dapat naik basikal cam gini pom dah bahagia dah..
erk! romantik ape?

perkara yang keenam!
aku pom teringin gak nk ke aquaria..
cam best je..owh memang best!
 dapat tengok ikan-ikan pelik,menatang binatang pelik.





incikMusuh..sila bawak saya ke sini. 
please..



p/s: dirantai digelangi rindu.

Tuesday, October 19

exam dan persedian.


EXAM?
aku xsuka exam!
ada ke ssape yg suka exam?
bila aku ada exam..umie aku yg paling gelabah..hehe.
sbb umie tak sanggup nk tadah tlinga..tak sanggup nk dengar aku nangis gelabah,tak sanggup nk dengar keluhkesah gelisah dari mulut aku ni..
ya! aku akan gelabah sampai nangis-nangis bila tiba time exam.

lepas menangis,mengeluhkesah,gelabah..aku akan ok.

bila ok..aku akan pastikan smua kelengkapan utk study ada kt depan mata.

nota-nota  
(ofkos la kan)
nota-nota ni perlu la menarik.bila menarik tak la aku rs ngantuk.bila tak ngantuk maka aku bleh fokus.bila fokus maka gelabah pom kurang.bila rs gelabah kurang maka umie aku akan happy sbb dah tak perlu dengar keluhkesah dari aku.
soooooooo,pendek kata nota-nota perlu menarik! ;)

serkup atau anak tudung atau tudung
item ini perlu ada.PERLU ya perlu! sebab aku tak bleh kurangkan atau buang habit tabiat buruk yg satu ni.
aku suka tarik-tarik rambut bila membaca.bila jari jemari ni free dari bkerja..makanya rambut ku yang agak lebat kurang banyak ni la akan jadi sasaran.
oleh itu item di atas penting! agar rambutku tak menjadi mangsa.

stokin
item ni pom penting jgk..hehe.
bkn kerana mengulangkaji dalam bilik-maha sejuk-berhawa dingin.
ini kerana..bila kepala dan rambutku dah dilitupi ditutupi diserkupi dengan serkup atau anak tudung atau tudung..makanya jari jemariku terasa free. 
oleh itu jari-jemari ku pula menjadi mangsa ;P

air mineral atau air masak
penting.penting.penting.
bila ngantuk..telan je air masak banyak-banyak bertong-tong sampai kembong.
pastu exercise ulang-alik ke toilet..kan dah hilang skit rs ngantok..hikhik.

nescafe
air masak je tak cukup..
aku perlukan kafein!
nescafe pekat!
gula-gula atau kudap-kudap atau chikendish
bagi mengelakkan mulut dari terus menguap ala-ala bluehypo..
hiasi ruang rongga mulut dengan gula-gula.
gula-gula yg masam lg mujarab..

mp3
sumbat lubang telinga dengar lagu-lagu rancak-tahap-goyang kepala. 
lagu-lagu super-duper-jiwangs pom bleh jgk..hehe.

handfon
bila study handfon penting ada kt sisi aku..hehe.
in case nk bertanya kabar kawan-kawan serta teman-teman lama.
dandan time tu la dok teringat kat kawan-kawan..erk!




p/s: 5 minit je kot aku btol-btol fokus..hehe.
pastu mula la otak melayang entah ke mana..
adoi...!

Sunday, October 17

Meragam.Kacau.Serabut.


Dh agak lama tak meng-update blog ini..

Sebab-sebab yg menghalang aku dr meng-update adalah sseprti berikut:

  1. pc meragam- sbb terlalu byk virus membiak dan tiada usaha-usaha utk menghapus serta menghalang mereka dari terus membiak.
  2. jiwa kacau- sbb jiwa aku masih blom di sini..separuh jiwaku bkn di sini.Bila xde jiwa,maka aku xde mood.Bila xde moood,maka tak ter-update la blog ku.Pencuri jiwa,sila kembalikan jiwa aku! Pulangkan!
  3. kepala keserabutan- sbb exam bakal tiba tak lama lagi.Dalam masa 3 minggu dari sekarang. Dari dulu sampai la sekarang, aku mmg xsuka exam.aku benci exam!


p/s: cara penulisan pom dah ala-ala nk jawab soalan exam. Aduh!

Ya Allah permudahkan la segala urusanku~~

Thursday, October 7

Weekend ini dalam sejarah


Buat pertama kalinya
sepanjang menumpang berteduh,mencari sesuap nasi
di tempat orang...


Dengan ini...
saya CikMayat
tidak dapat pulang ke kampong halaman..


Sedih,Teruja,Bosan
bersatu menjadi satu.


Aku mau pulang!




p/s: tak dapat la tengok aksi2 adik2 ku kat padang..hohohoho.