Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, February 26

Sahabat

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku


Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu


Menjadi sahabatku


Kau ada di kala ku jatuh
Setiap bangun ku
Terus menemani ku
Tanpa rasa jemu


Kau ada di setiap tawa
Engkau lah bahagia
Kau menjadi sahabatku selamanya


Kau lah yang selalu
Selalu menemani ku
Mendengar kisah pahit manis hidup ku


Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


rindu manusia bernama sahabat.
tau?

Sunday, December 4

dia diuji

aku tak tau nak start citer nak cam mana.

okeih.
malam tadi aku tak bleh nak tido.
pusing kiri kanan.
golek sana sini.
tapi tak bleh tido jugak.
aku dok terbayang kat kawan aku.
kawan segila sekepala.

kami mula rapat bila..
sama-sama pecah kepala..
pikir project website untuk subjek AIS masa diploma dulu.

masa group lain dok sakit kepala..
dok pikir cam mana nak setelkan assignment,test,quiz bertimbun.
kami slumber tumpang laptop member lagi sorang..
bukan nak setelkan keje,
tapi tonton citer PrincessHour.

keje-keje ntah ke mana.
plan nak ke library ntah ke mana.
dari breakfast sampai ke supper..
kat depan laptop tu la jugak.
nasib baik tak meletop member punya laptop.
;)

sejak dari project tu kami mula rapat.
bila ingat balik kenangan dulu..
bleh buat ketawa..gila!

tapi sekarang
dia tengah sakit.

malam tadi aku dok terbayang,terpikir..
..cam mana la keadaan dia sekarang.

aku nak sangat jumpa ngan dia.

ujung-ujung bulan lepas,
aku ada terbaca status dia..
dia mintak maaf kat smua kawan.
dia kata nak dioperate.
tapi bila aku text tanya kaba,
dia cakap dia okeih sihat.
masa tu aku tak terpikir apa-apa.
aku pikir +ve je.
maybe privasi dia nak rahsiakan apa sakit dia.
aku paham.
aku pom taknak paksa.

30 nov hari tu..
tiba-tiba cam terpikir pasal dia.
aku text tanya..
bleh tak kalau-kalau aku nak call malam nanti.
alhamdulillah dia reply.

tapi..
aku blur bila baca ayat dia yang ni
"aku dah takleh cakap,takleh makan,takleh minum"

aku terpikir-pikir gak hari tu cakap sihat..
tapi..
bila aku tanya lagi detail,
dia bgtau yang minggu lepas..
dia baru kena major operate.
sekarang still kat hospital,
sambung buat radioterapi.

Ya Allah,
Engkau kuatkan lah semangat kawanku Ya Allah.
Engkau tabahkan lah hati kawanku menghadapi ujianMu.
Engkau permudahkanlah urusan sahabatku.
Engkau ringankanlah beban yang kawanku alami Ya Allah.

aku tau dia seorang yang baik,sangat baik..
dia seorang yang kuat..
insyaAllah ada hikmah di sebalik ujian yang Allah turunkan.

insyaAllah ada rezeki aku lawat hang.
hang tunggu aku na~

info

info

info

hang tak tau,
aku still simpan video hang..
hang dok sakan menari praktis untuk dinner.
time tu hang gelak besar bila tengok rupa hang menari.
hang sabar na.
aku tau hang kuat.
hang tak manja cam aku.

Monday, October 24

cinta terhalang oleh orang tua

tajuk entri dah macam lirik lagu fauziah latif.

malam tadi kawan lama text.

biasanya dia akan text bila nak inform tang bola.
tapi dah lama aku tak dapat update bola dari dia.
aku paham yang sekarang dia dah de cikAdik.
so,kena jaga la limit berkawan kan.

eh malam tadi dia de citer..
tu pom lepas aku paksa-paksa dia citer la.
dan aku terpikir la kan..

eh?
ada lagi eh mak-mak yang cam gini?

dia tanya aku cam gini..

kalau la satu hari,
ada rombongan datang umah,
datang merisik,meminang.
then mak engkau terima.
dan paksa engkau terima orang tu.
walaupun si emak dah tau..
yang engkau dah berkawan ngan sorang mamat ni.
kalau engkau dalam situasi pompuan tu..
apa yang engkau akan buat?

mula-mula aku jawab ngan nada gurau je la.
sebab aku tau yang kawan tengah stress.
gila kalau tak stress??
kalau dah si awek nak kawin ngan orang lain kan?
lain la kalau si kawan tu tak sayang si awek.

aku jawab..
kalau yang datang minang tu..
bleh bagi umah,keta,duit,emas banyak-banyak kat aku..
aku soh je Umie terima.
terima je takyah tanya aku dulu pom takpe.
gila mata duitan!
gila harta!
saje buat lawak bangang..
ngan harapan kawan bleh gelak-gelak.
tapi tak.

aku sambung lagi.
Umie dah tau yang aku berkawan ngan sesape.
insyaAllah hal cam gini tak terjadi..

aku mula terpikir kalau la benda cam gitu terjadi kat aku.
agak-agak pe reaksi incikSusah?
incikSusah langsung tak kisah?
incikSusah resah gelisah?
incikSusah pasrah dan redha je lah?

aku gatal-gatal try tanya incikSusah..
aku berharap yang dia akan cakap..

jalan terakhir..
jom kita lari dari umah!

ya aku tau!
tu jawapan yang budak hingusan dok harap-harapkan.

dan
jawapan yang aku dapat dari incikSusah..
kasih ibu tak bleh ditukar ganti ngan kasih pakwe.

i hate u
but
i *heart* u

Saturday, September 24

Dia sedang menguji mereka.

otw balik kampong khamis hari tu,
aku dapat SMS dari kawan (aku namakan A).
A inform yang dia kat wad..
tunggu nak operate buang cyst esok nya.
A mintak doakan dia.

terkejut..ada.
blur pom ada.

terkejut..
sebab last jumpa hari tu..
time bukak puasa a.k.a mini reunion..
A tu nampak ok je..
ceria je..
tak nampak tanda-tanda sakit.

blur..
sebab cyst tu apa eh?
aku refer kawan aku lagi sorang (M)..
M bagitau cyst tu macam ketumbuhan yang tumbuh kat rahim.

em blur lagi..
aku refer makcik aku.
makcik aku plak bagitau..
liquid fill with blister at on skin or under skin.
bertambah blur.

aku tak puas hati aku call A.
A explain macam tu macam ni macam tu.
tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
bila dengar suara A..
aku jadi sayu.
aku control suara..try buat gelak-gelak.
tapi air mata aku bergenang jugak.

pagi esoknya aku dapat SMS dari husband A.
mintak doakan..
A dapat jalani operation buang cyst tu dengan selamat.
petangnya aku text husband A nak update tang A.

alhamdulillah operation selama 2 jam..ok.
Dr. kata bukan cyst tapi fibroid besar limau (size kecik).
alhamdulillah.

tapi..
operation ni berisiko tinggi sebab major operation.
harap-harap semua ok..
harap-harap A cepat sembuh.
Ya Allah permudahkan lah urusan sahabatku ya Allah.

time raya hari tu aku & Awok..
sempat melawat kawan kami (F) yang bersalin.
:'(
baby meninggal.
anak first F&D..
baby boy.
F&D nampak kuat!
dalam hati Allah je yang tahu.


Sunday, September 4

reunion.makan.bergambar.balik.

walaupun hari ni dah hari kelima Syawal..
aku tetap nak citer tang 28 Ramadhan yang lepas.
heheh.

hari tu
berbuka puasa
bersama geng satu kelas masa hingusan dulu
a.k.a reunion kecil-kecilan.

beriya.bersungguh.eksited aku nak join.
sebab utama of cos sebab incikSusah.
heheh.

bila dia bagitau yang takleh join sebab ada hal.
dah tak beriya.dah tak bersungguh.dah tak eksited.
tapi disebabkan nak jumpa kawan-kawan lama..
..yang dah 'banyak' berubah..
aku kuatkan jugak kaki menapak ke tempat kejadian.

aku..
antara yang terawal sampai.
jadi pemerhati.

ternampak kelibat yang macam ku kenal.
eh kaler baju 'tersama' la plak.
seingat aku takde buat sebarang pakatan.
dalam hati dah dupdapdupdap.
dalam kepala dah terpikir mati la kena bahan teruk malam ni.
dan sangkaan aku memang tepat sekali.
=="

malas nak citer panjang.
walaupom dah terlebih-lebih

ok let's pictures tell the story!


juadah untuk selera Jawa sahaja




posing sebelom kata-kata aluan :p


gegirl yang terlibat
 
boboy di tempat kejadian

pic credit to KakLong

Monday, February 28

owh my!

ada akal pikir panjang-panjang.

ada mata bukak luas-luas.

ada telinga dengar elok-elok.

ada mulut istighfar banyak-banyak.

tQ kawan :')

Tuesday, February 15

cuti umum

salam maulidurrasul!

hari ni cuti umum.
so malam tadi mata tak boleh nak lelap.
otomatik je.
asal tau je esoknya cuti atau weekend.
mata tak boleh lelap.
kalau weekdays..time magrib dah start ngantok..
haih.

Thursday, February 10

suka mereka

aku bukan stalker.
aku just nak tau perkembangan mereka je.
mereka berdua..
..sorang exclassmate.
..sorang lagi exschoolmate.