Wednesday, March 30

murah rezeki

pagi tadi
cuaca okeih.
tak hujan dan tak panas.
mendung je.

selamat sampai kat ofis dalam keadaan kering
^^v
fuhhh!

hari ni betol-betol murah rezeki.
dari breakfast ke lunch ke minum lepas lunch..
free!

alhamdulillah.

pagi staff ofis yang belanja.
pekena nasik lemak plus kopok lekor.

tengahhari pulak ada jamuan lepas setel AGM.
nasik minyak weh!
..bedal nasik minyak dua pinggan
okeih!!

sebelum balik ofis singgah pulak minum teh-ais-sejuk-tekak!
pommmm dibelanja.

akibatnya...
kesannya...
natijahnya...

aku jadi cam gini...
dan jugak begini...

semoga Allah memurahkan rezeki mereka.
mereka yang murah hati.

pantang ais dah lari lintangPukang.
=="

comelkan si zikry hafiy nih??

Tuesday, March 29

seram & kuala terengganu banjir..kejap!

malam tadi
aku kat umah sewa sorang-sorang.
housemate yang lain keluar.

tak pernah rasa takut dok sesorang.
malam tadi rasa lain macam je.

mungkin sebab bunyi hujan lebat..
lebat sangat-sangat macam langit nak runtuh.

study terganggu
sebab terdengar macam ada yang dok main ketuk-ketuk pintu.
nak tak nak aku kuatkan volume tv..
dengan harapan bunyi-bunyian tu tak kedengaran lagi.
hahahaha hampa.

last-last tutup buku..
tido.
tapi mata tak boleh lelap jugak.
=="

dan pagi tadi..
...lambat sampai ofis!
yeay!
first time punchcard lambat.
arghhh!

sebab lambat..
pagi tadi keluar rumah lambat berharap yang hujan akan berenti.
alih-alih terpaksa jugak redah hujan.
dan yang lebih menyayatkan hati,melecunkan baju lagi..
..laluan yang biasa aku redah tiap-tiap hari..
naik air!!!
naik air takat lutut weh!!

nasib baik aku tau jalan alternatif.
bukan shortcut dah..longcut.
dan...
nyaris-nyaris aku nak kena langgar dengan kereta wira hijau..
lupa nak tengok nombo plat..
kalau tak..
terjumpa kat mana-mana esok..
siap aku kerjakan dengan syiling lima-posen!

depan ofis pom lenggang dengan kereta..
penuh dengan air!

Sunday, March 27

Allah jodohkan aku dengan mereka

ujung minggu hari tu..
tak balik kampong.
tak balik dengan harapan nak study..konon.
petang jumaat baru hegeh-hegeh bukak mukasurat-satu-roman-isiKandungan.
 
baca dua-tiga-ayat..
baca je dua-tiga-empat-lima-minit..
mula la teringat nak text orang tu..
text orang ni.
masa tu jugak la teringat kat kawan-kawan-sekepala.
kawan sekepala yang ku panggil si Mek dan si Jang.
 
owh
baru teringat yang si Mek dan si Jang nak pergi jobfair.
mari lah bertanya kaba.
marilah menutup nota serta buku dengan serta merta
=="
 
akibat sibuk-badan a.k.a busyBody serta baik ati sangat nak bertanya kaba..
tak pasal-pasal bertukar jadi orang tengah mereka.
orang tengah mereka bertukar maklumat pasal jobfair..
takpe..kawan baik punya pasal.

kalau orang tengah nak kenen-kenen-kan mereka..okay jugak ^_^v

terima kasih Allah pertemukan aku dengan mereka.
Engkau permudahkan segala urusan mereka.